New Jersey – Bayangkan
bagaimana seorang wanita, yang mempunyai penyakit Persistent Genital
Arousal Disorder (PGAD) terpaksa melalui kemuncak kepuasan seks sebanyak
200 kali sehari tanpa melakukan hubungan intim.
Itu yang dialami Kim Ramsey, 44, yang mempunyai penyakit di mana dia
akan merasai orgasm tidak kira tempat, sama ada ketika menaiki keretapi,
kereta, membuat kerja rumah atau ketika melakukan tugasnya sebagai
jururawat.
Keadaan ini menyebabkan dia dalam kesakitan dan tidak mampu menjalin hubungan seperti insan biasa yang lain.
Doktor percaya keadaan itu berlaku selepas Ramsey terjatuh daripada tangga pada 2001.
“Jika wanita lain tertanya-tanya bagaimana untuk mencapai tahap kemuncak
dalam hubungan seks, saya pula tertanya-tanya bagaimana untuk
menghentikannya,’’ katanya.
Ramsey, yang kini telah berpindah ke New Jersey, mula menyedari perkara
itu selepas melakukan hubungan seks dengan teman lelakinya pada 2008.
“Saya mencapai tahap kepuasan klimaks selama empat hari. Saya ingatkan saya sudah menjadi gila.
“Kami cuba menghentikan dengan pelbagai cara termasuk duduk di atas
kacang beku namun ia berterusan dan amat menyakitkan,’’ katanya.
Keadaan ini, katanya membimbangkannya kerana dia sukar melalui kehidupan biasa dan khuatir tidak dapat mengawalnya.
“Saya dapat merasakan yang saya tidak lagi dapat mengawal badan saya,
bayangkan jika saya melalui keadaan ini di hadapan orang ramai, tentulah
ia amat memalukan.
“Setiap kali naik keretapi, apabila ia bergerak, saya terus mencapai
kemuncak syahwat, dan ketika itu saya hanya mampu menggigit bibir serta
menggenggam jari saya, dengan harapan tiada orang akan menyaksikannya,’’
katanya.
Menurut Ramsey, ketika ini dia masih mampu melakukan kerja namun tanpa
rawatan yang betul, pekerjaaan yang dilakukannya akan menjadi terhad.
Dia dijadual bertemu pakar PGAD di London, bulan depan -sumber
No comments:
Post a Comment