Apa Yang bahayanya duit baru kita? Jom baca!

Cerita ini memang benar-benar berlaku.

Ketika itu aku hendak membayar harga minuman yang aku beli di sebuah kedai mamak berhampiran rumahku. Jumlah harga adalah RM1.30 (teh ais sebungkus jer) jadi aku keluarkan RM1 dari dompetku dan syiling 30 sen. Kemudian aku bagi kepada cashier tersebut. Rupa-rupanya, ada lagi sekeping RM1 yang terselit di belakang wang RM1 yang aku berikan tadi. Kiranya aku dah terbayar RM2.30 tanpa aku sedari. Hampir-hampir aku rugi.

Nasib aku baik kerana cashier tu baik hati dan pulangkan RM1 yang terlebih tu. Rasanya aku keluarkan tadi cuma RM1. Namun tak sangka ada RM1 lagi yang melekat di belakangnya. berkemungkinan sebab jari aku tadi tidak kesat masa mengira wang yang aku keluarkan.



Ada duit yang terselit tanpa kita sedari
Disebabkan wang ini masih baru,tiada kedut-kedut jadi memang hal ini menjadi masalah. Lagipun wang kertas yang baru ini nipis dan licin sangat. Boleh tersalah kira dibuatnya. Aku ingatkan hal ini cuma aku sorang jer yang alami, rupanya mak aku pun pernah mengalami hal sama. Walaupun cuma RM1, tapi kalau 5 kali hal ini terjadi, dah Rm5 dah tu. Bayangkan kalau wang kertas RM10 ke RM50 ke. Tak ke rabak jawabnya?

Jadi, pesan aku kat sini,berhati hati ketika korang sedang membayar dan periksa sekiranya anda terberi duit lebih kepada cashier terutamanya pengguna duit baru tu. -Sumber

A.S kata, sebenarnya takdelah bahaya manapun..
Cuma duit ni peringkat awal baru keluar dari kilang je yang menyebabkan bolehnya berlaku keadaan sebegitu.
Lama kelamaan, InsyaAllah tak terjadi lagi.
Setiap apa yang kerajaan Malaysia hasilkan, InsyaAllah tak menyusahkan / menyulitkan rakyat kerana Kerajaan Malaysia dibawah pemerintahan UMNO/BN ni ialah kerajaan yang merasai denyut nadi rakyat...
Kerajaan bayangan haprak pakatan, kerjanya hanyalah menaburi je janji-janji manis dan palsu kepada rakyat..

3 comments:

Unknown said...

Saya komen dengan ikhlas. BNM sudah tidak ada idea lain kah selain daripada ikut stail 'hell money' orang orang Cina? Ketara sangat. Duit siling pun menimbulkan 'banyak banyak banyak' sangat masalah 50 sen macam 20 sen..tak sampai beberapa bulan sudah kelihatan macam berkarat..20 sen sebesar siling 10 sen lama..note 20 ringgit macam note 10ringgit macam macam!Banyak sangat rungutan rakyat.Boleh tahu SIAPA yang design duit baru ini?

Anonymous said...

en bhar zul, kalau nak komen dengan ikhlas perlu juga buat kajian, jangan komen aja nanti komen akan jadi tuduhan. Sepanjang pengetahuan saya `hell money' satu warna sahaja, HANYA bila BNM umum nak keluarkan wang kertas baru dan telah diperlihatkan kepada umum `SAMPLE' warnanya, PIHAK YANG MENGELUARKAN `HELL MONEY' mengambil kesempatan untuk `MENIRU' BENTUK DAN WARNA tsbt. Satu soalan pada sebelum BNM memperlihatkan sampel wang baru, apa warna `hell money' yang berada dipasaran?. tolong jawab en bhar zul.

Unknown said...

Kalau duit baru ini memang BNM yang design DULU kemudian pembuat HELL MONEY tiru kemudiannya yang ini kira OK lah dan boleh diterima.Terlepas pandang pula saya. Tapi kualiti dan persamaan wang siling baru dan lama tetap juga menimbulkan banyak masalah dikalangan peniaga..Note 20 rm baru pun menimbulkan rungutan..siling tahun 70an/80an jauh lebih tahan lasak dan berkualiti..mungkin Anon boleh sarankan BNM lihat hal ini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...