Artikel Dari Seorang Cina Yang Korang Akan Menyesal Jika Tak Baca!


Setelah PR memerintah, Anwar pun ditabalkan sebagai Perdana Menteri dan masing-masing Hadi Awang dan Lim Kit Siang menjadi Timbalan Perdana Menteri 1 dan 2.  

Pada suatu hari, Hadi Awang, setelah mendapat tekanan dari akar umbi PAS, mengusulkan hudud di dalam Parlimen.  DAP pantas membantah menuduh PAS mengkhianati kerjasama PR.  Anwar bangun menghalang Hadi bercakap kerana ternyata telah melanggar perjanjian PR.   Keadaan kecoh dengan pertikaman lidah di antara ketiga-tiga parti, adegan membaling kerusi dan bertumbuk terjadi sehingga memaksa sidang ditangguhkan.  

Hadi Awang dikenakan tindakan oleh Majlis Disiplin PR dan tekanan diberikan kepada PAS agar memecat Hadi Awang.  Mat Sabu kemudiannya mengambil tempat Hadi Awang dan memastikan yang PAS tidak akan lagi membuat usul mengenai hudud atau apa-apa jua yang bertentangan dengan PR terutamanya kehendak dan perjuangan DAP.   Soal hudud pun tamat setakat itu.  

Dengan semua kepimpinan atasan PAS telah dikuasai oleh golongan pro-Anwar dan talibarut DAP, maka usul mengenai penghapusan hak keistimewaan bumiputera pun dilakukan oleh DAP.  Begitu juga dengan Dasar Kesamarataan Total.  DAP, PKR dan PAS menyokong dan begitu juga MCA, Gerakan dan MIC.  Tinggallah UMNO keseorangan membantahnya.  Ketiga-tiga komponen BN tersebut akhirnya mengambil keputusan keluar dari BN dan BN pun berkubur.    

Di masa yang sama, Majlis Peguam dan badan-badan NGO yang bertemakan ‘hak asasi manusia’ akan mengemukakan tuntutan agar kerajaan mengiktiraf hak LGBT.   Anwar akhirnya akan mengumumkan ‘keterpaksaan’ menerima tuntutan mereka bagi meningkatkan kedudukan Malaysia dari segi ‘hak asasi manusia’ dan meletakkan negara seiring dengan negara-negara maju.  

Media asing pun memuji-muji dan menyanjung Malaysia.  

Dan secara tiba-tiba isu-isu berkenaan pihak istana yang mampu memberi gambaran buruk terhadap institusi Raja mula mengambil tempat di semua bentuk media di Malaysia.  Ini dilakukan secara berterusan dalam jangkamasa yang lama iaitu bertahun-tahun sehingga imej institusi tersebut menjadi buruk-seburuk-buruknya. Akhirnya, satu usul tergempar dikemukakan iaitu menghapuskan Institusi Raja-raja.    

Pada ketika ini, desas-desus pemberontakan mula kedengaran dan mungkin sudah pun tercetus secara kecil-kecilan.  Dalam sekelip mata, Malaysia bukan lagi sebuah negara yang stabil yang mampu menarik pelaburan dan pelancongan.  

Tanpa pengalaman, PR gagal menjana ekonomi sedangkan mereka terperangkap untuk menunaikan segala janji bulan bintang yang terpahat di dalam Buku Jingga.   Hutang negara pun bertambah secara drastik.  

Menyedari ramai rakyat mula resah dan tidak puas hati, PR perlu memastikan mereka kekal berkuasa.  Maka dengan kuasa yang ada, keputusan pilihanraya pun dimanipulasi dan sempadan pilihanraya dirombak bagi memastikan kedudukan mereka selamat.  Pengkritik mereka akan disenyapkan dengan berbagai cara sepertimana yang mereka lakukan hari ini iaitu memecat, jika pengkritik tersebut adalah orang dalam, menghitamkan media yang melaporkan salahlaku mereka dan tidak hairan juga jika ada saja yang ‘terjun bangunan’ jika berpotensi membuka pekung mereka.  

Media asing yang selama ini menyokong PR mula mengkritik Malaysia.   Kerajaan PR mula hilang kawalan dan media asing mula menggambarkan Anwar sebagai diktator yang boros dan tidak berwibawa dan tidak mampu mentadbir.    

Rakyat yang semakin marah mula memberontak secara besar-besaran.   Kaum Melayu yang semakin terpinggir akibat dasar kesamarataan total tidak lagi dapat menahan sabar.  Mereka juga nekad membela Raja-raja yang terbuang.  Ekonomi Malaysia ranap sepenuhnya.  

Akhirnya, pihak asing pun tampil memberi ‘bantuan’ sekali gus, segala sumber dan hasil negara entah bagaimana, tiba-tiba menjadi milik mereka.  

Hanya beberapa penggal PR memerintah, Malaysia kembali menjadi negara dunia ketiga.  

Jika kaum Cina bimbang dengan penguasaan PAS, kaum Melayu pula bimbang dengan penguasaan DAP.  Justeru, kenapa perlu diambil risiko memberi undi kepada mana-mana dari kedua parti ini?  

Di bawah BN, kaum Cina telah pun berjaya menguasai 80% kek ekonomi Malaysia.   Di bawah BN juga, Islam kekal di kedudukan tertinggi dan umat Islam berpeluang mengerjakan ibadah tanpa batasan.  

Pendek kata, jika wang yang dikhuatiri oleh kaum Cina, maka BN memberi mereka peluang mengejarnya dan jika akhirat yang dikejar kaum Melayu maka BN tidak pernah menghalang mereka merebutnya.  

Hidup kita ternyata aman, damai, sejahtera dan makmur di bawah pemerintahan BN.  Justeru, tepuk dada, tanya selera, apakah yang lebih penting dari keselamatan dan kesejahteraan keluarga dan generasi akan datang?   Kenapa kita harus mengambil risiko mengundi ‘malaikat yang kita tidak kenal?’ 

Ditulis oleh Timbalan Editor, Sinchew Daily 28 Ogos 2012.

7 comments:

Anonymous said...

Elok dapat bubur daripada dapat kerak nasi selama ni.

Lain lah orang BN yang tak makan nasi, pun. Ari-ari makan stik Dan kentang.

Anonymous said...

Gampang betul Anon 11.44am nie... tak sekolah atau tak tau menilai... yg tulis tu bukan Melayu... faham tak... kalau Melayu yg tulis tentu semua org paham maksudnyer... Dia menulis apa yg kemungkinan besar berlaku selepas PRU13... selama nie Anon 11.44am nie kebulur ke sampai makan kerak... Anon 11.44am kalau tak faham jgn campur urusan politik... pergi keje lagi baik dari bagi anak bini makan kerak...

Anonymous said...

kalau dah pemalas makan kerak lah... jangan salahkan orang lain.. tak ada orang yang rajin kat malaysia ni yang makan kerak.. dah malas .. teruskanlah malas kamu tu...

Jane Duncan said...

Aku lahir dari keluarga miskin. Adakala ter"miss" makan. kerana usaha aku, dan kehendak Allah, serta program biasiswa UMNO aku dapat biasiswa dan berpeluangbelajar setinggi yg aku mahu dan sekarang berjaya. Mula- mula kerja kerajaan , kemudain swasta dan sekarang berniaga sendiri. Aku boleh makan apa saja yg aku mahu dan boleh beri banyak sedekah ada orang miskin. Anon 11.44AM nyata kau jenis hati busuk. Kau tak dapat kerana silap sendiri kau nak salahkan orang lain.Kerana makan benda-benda baik seperti kentang dan susulah menjadi otak aku lebih baik tak seperti kau yang makan bubur berlauk belacan. Hasilnya hati kau busuk, sebusuk belacan agaknya!

Anonymous said...

Aku pun berniaga sendiri jugak, asal org susah juga. Aku x mengharapkan bantuan kerajaan pon. Pr pon x. Sebab nanti inilah jadinya, mcm kau, rasa terhutang budi sampai mati. Aku usahakan sendiri. Tp aku x ada plak cerita kt khalayak ramai mcm kau kalau aku ada BERSEDEKAH utk org2 susah. Ikhlas ke tu? Ni tuan tanah ni pon 1, kau dapat sumber dari mana nih? setakat menulis sesedap hati, anak aku darjah 4 pon boleh buat mcm ni. Ingatlah, Fitnah itu seberat mana dosa dan hukumannya. Jgn kita menulis utk mendapat perhatian dan mengadu domba, sampai mengadai Akidah kita tu. Ingat!

Anonymous said...

aku memang telah menghidu tentang bahana yang dibawa puak ni.aku memang tak pernah mengundi sejak lebih 4 dekat dilahirkan..aku memang tak percaya tentang sistem yg diguna pakai ni..aku lebih selesa memburu teori konspirasi dunia lebih 10 thn dan mengaitkan dengan fenomena disini.segalanya bagai dirancang.memang ada campur tangan hidden hand melalui proksi di singapura.paling buruk kedaulatan raja-raja sebagai benteng melayu ,islam akan terhakis sedikit demi sedikit.maka tiada apalagi lah yang tertinggal baik dari segi penguasan ekonomi yg telah lama terlepas ,mahupun politik.kita ibarat menang sorak kampung tergadai.aku bagai terpaksa menilai semula prinsip untuk berada diluar sistem untuk pru13 ni.demi raja-raja,islam dan melayu..

Anonymous said...

kesiaaaan kt penyokong pembangkang kn kn kn...UMNO the best

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...