Artis Indonesia Julia Perez atau lebih dikenali dengan panggilan Jupe tampil mengejutkan dalam rancangan televisyen DahSyat
di studio RCTI, Kebon Jeruk, Jakarta Barat, pada Isnin (3/9/2012)..
Sebelum ini selebriti sensasi Indonesia ini pernah menjadi sebutan di
kalangan rakyat Malaysia apabila pernah bercadang untuk memakai pakaian
dalam yang dilengkapi oleh laser, semata-mata untuk mengalih perhatian
pemain Malaysia sempena Final Kedua AFF Suzuki Cup tahun 2010..
Jupe yang berpakaian seperti berkemban itu mempamerkan tato baru yang bertulis huruf Jawi di belakang tubuhnya.
Bukan sekadar tatoo biasa, tetapi perkataan kalimah Arab ini adalah
kaligrafi lafaz adzan yang selalu dikumandangkan oleh Muslimin lima kali
sehari, iaitu kalimat حَيَّ عَلَي الْفَلاَحِ "Hayya 'alal Falaah".
Selain haram menurut syariat, tatoo pada tubuh yang Jupe lakukan boleh
dikenakan Undang-Undang no 1/PNPS/1965 tentang Penyalahgunaan dan atau
Penodaan Agama.
Julia Perez yang baru melaksanakan ibadah umrah ke Tanah Suci pernah
berjanji akan tampil lebih tertutup dan sopan. Namun, ternyata janjinya
hanya sekadar janji.
No comments:
Post a Comment