AUSTRALIA – Baru-baru ini, seluruh
masyarakat di India berasa tersinggung dengan pereka baju renang dari
Australia iaitu Lisa Burke.
Ini kerana pada Australian Fashion Week, Lisa telah mereka sehelai
‘swimsuit’ dengan memaparkan rekaan gambar Dewi Lakshmi, tokoh suci umat
Hindu.
Menurut CNN, kemarahan rakyat India tidak dapat dibendung lagi setelah
melihat wajah Lakshmi tercetak di bahagian depan dan belakang pakaian
renang tersebut.
Kemarahan itu membuatkan mereka membakar foto-foto rekaan Lisa serta
bendera nasional Australia dalam suatu aksi protes di Hyderabad Selatan.
Presiden Federasi Asosiasi Australia India, Vish Viswanathan, turut mengutuk rekaan tersebut.
“Sukar mempercayai bahawa rekaan itu tidak disengajakan. Mereka yang
melakukan hal ini hanya untuk mencari publisiti murahan,” katanya yang
dipetik melalui Viva News, baru-baru ini.
Tambahnya, rekaan itu membuatkan seluruh rakyat India terluka, malah
masyarakat India yang tinggal di Australia turut tersinggung.
Sementara itu, Lisa Burke sudah meminta maaf kepada masyarakat India
diatas permasalahan yang timbul akibat kesilapannya mencetak gambar
berkenaan.
Menurutnya, pencitraan Dewi Lakshmi pada pakaian renangnya hanya untuk berbagi perbezaan budaya dari label miliknya.
“Saya meminta maaf kepada sesiapa pun yang berasa tersinggung.
“Kami akan menghentikan produksi dan design tersebut, ia tidak akan ada dimana-mana cawangan pun,” katanya.
No comments:
Post a Comment