Habislah.. 10,000 Membanjiri Ceramah @chegubard & Pimpinan PR di Nibong Tebal! (Pics)

Sudah banyak kali aku dedahkan pelbagai usaha keras yang telah dilakukan oleh chegubard dalam usaha untuk menambat hati Anwar dan warga Nibong Tebal untuk menjadi calon PKR di kerusi parlimen Nibong Tebal dalam PRU13 ini.

Dan yang terbaru, chegubard dikatakan telahpun membeli/menyewa sebuah rumah di kawasan Nibong Tebal untuk membuktikan hasratnya itu untuk mengaku kononnya dia adalah orang Nibong Tebal walaupun hanya mempunyai saudara-mara di sebelah isterinya sahaja.

Anwar Ibrahim pasti runsing dan perlu memikirkan semula hasrat untuk meletakkan cheguard untuk bertanding di sini selepas melihat apa yang berlaku di Ceramah Pakatan Haram di Bandar Tasek Mutiara (KADUN Sungai Bakap) pada Ahad baru-baru ini.
Dr Mansor Othman TKM1 P.Pinang adalah alternatif terbaik setelah dipinggirkan oleh rakyat Penanti?

Menurut maklumat yang diterima, kehadiran amat menyedihkan tak sampai pun 100 orang yang hadir untuk mendengar ceramah dari Chegubard dan pemimpin PR seperti YDP PAS Nibong Tebal, Norazli Musa (PAS Perak), Naili Raja (PAS Perak), dan Law Choo Kiang (Exco Kerajaan Pulau Pinang). Skrin besar yang disediakan untuk tatapan hadirin juga 'buang karan' je disediakan oleh pihak penganjur.

Apa yang mampu ditafsirkan disini ialah, sekalipun nama-nama yang agak besar turun berceramah dipublisitikan di merata tempat, ini mungkin satu manifestasi luahan rakyat yang jemu dan bosan dengan sikap pakatan yang tak habis-habis berceramah dan kurang memberi perhatian terhadap masalah rakyat terutamanya di Nibong Tebal

Kedengaran angin-angin bertiup juga kencang membayangkan yang warga Nibong Tebal kali ini akan memilih BN juga ada. Diharapkan ini bukannya satu telahan yang syok sendiri.


Lagi gambar-gambar dan kupasan menarik korang dapat lihat di blog rakan blogger Nibong Tebal iaitu PenggempurMutiara.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...