Aku bersyukur sangat Kalau Sham ingin berubah ke jalan yang lebih baik. Namun rupanya Sham ada kelemahan yang ketara.
Sanggup dia abaikan isterinya demi untuk sibuk berceramah di pentas PAS dan bermain gitar keliling Malaysia kununnya ingin berdakwah. Sanggup Sham tidur berasingan (tak bagi nafkah batin le tu) dan bersikap kasar terhadap isteri.
Apa punya jantan la Sham ni! Rupanya haprak juga. A.S yakin ramai lagi pemimpin PAS yang berkelakuan sebegini. Demi PAS, rumah tangga tungging langgang, keluarga dibiarkan tanpa haluan.
Mungkin apa yang berlaku ini ada hikmahnya. Wallahualam.
Isteri kepada pemuzik dan pendakwah Sham (Kamikaze) iaitu Farazila Abdul Jabar memfailkan perceraian terhadap suaminya pada 30 Ogos lalu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam dekat sini kerana konflik dalaman yang berlanjutan sejak tiga tahun lalu.
Farazila, 31, berkata, keputusan itu diambil selepas pelbagai usaha untuk memulihkan rumah tangganya dengan Sham atau nama sebenarnya Shamril Mohd Salleh, 36, menemui jalan buntu.
"Saya ambil keputusan untuk memohon cerai daripada Sham kerana sudah tidak boleh hidup bersamanya lagi. Kami hanya bahagia pada tahun pertama perkahwinan sahaja.
"Beberapa konflik dalaman yang berlaku antara kami terlalu peribadi untuk saya dedahkan. Ia menjadi sebab utama perceraian ini," katanya kepada mStar Online ketika ditemui di Menara Star di sini.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 17 Ogos 2008 secara rahsia di kampung halaman Farazila di Batu Pahat, Johor.
Ditanya adakah keputusan bercerai itu turut dipengaruhi kontroversi kononnya Sham sudah bernikah lagi pada Januari lalu, Farazila berkata, ia bukan faktor utama sehingga dia mengambil tindakan itu.
"Mengenai cerita dia bernikah lagi, tiga kali saya bertanya kepada dia untuk kepastian tetapi dia tidak mengaku dan berdolak-dalik. Malah, dia mula menjauhkan diri, tidur berasingan dan bersikap kasar terhadap saya," katanya.
Campai Ganu Sham Pergi, isteri Dirumah Dibiar Bersendiri |
"Sudah lama saya berdiam diri sejak cerita itu tersebar walaupun maruah saya dan keluarga diperlekehkan.
"Kalau diperhatikan, saya langsung tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan kerana Sham tidak membenarkannya.
"Saya tidak mampu bertahan lagi kerana banyak konflik dalaman antara kami yang menafikan hak saya sebagai isteri. Sebab itu, saya ambil keputusan untuk memfailkan perceraian ini," katanya.
No comments:
Post a Comment