Gempar! Michael Owen Akan Bermain Untuk Kelantan?

Saja je aku letak team Klate bagi panas skit..
Pasai Kelantan kelab yang kaya hasil pengurusan orang UMNO..Haha
Nak harapkan PAS, Kedah Merudum, DAP Pegang Bola Penang terus hancuss

Tapi tak pastilah pasukan mana dari malaysia..
Tapi bagi aku, tak payah lah.. Membazir saja..
Gaji pemain tempatan pun ada yang tergelincir.. Mampu ke nak bayar sejuta sebulan tu?

Jom kita senaraikan sapa yang leading group Piala Malaysia skarang, 
ATM
Pahang
Nsembilan
LionXII    Sapa ya?


***********

Michael Owen Akan Dilamar Pasukan Dari Liga Super Malaysia?

PETALING JAYA: Pintu perpindahan bolasepak Eropah telah pun ditutup Jumaat lalu dan bekas penyerang England dan Manchester United, Michael Owen merupakan satu-satunya pemain profesional tanpa kelab musim ini.

Tetapi tidak mengapa kerana dia mungkin sedang menimbang untuk datang bermain di Malaysia.

Sebuah pasukan dalam Liga Super Malaysia yang kini sedang mendahului kumpulan dalam siri Piala Malaysia akan menghantar wakil ke London minggu ini untuk bertemu dengan Owen, 32.

Mereka akan berlepas dengan sekumpulan usahawan yang bersedia untuk menjadi penaja pemain berusia 31 tahun itu.

Difahamkan, Owen bakal ditawarkan gaji menghampiri RM1 juta sebulan untuk bermain bersama pasukan berkenaan - iaitu jumlah ganjaran yang hampir menyamai apa yang dibayar oleh Manchester United kepadanya musim lalu.

Owen sebelum ini dipetik oleh akhbar The Sun UK sebagai berkata bahawa dia sedang menimbang untuk menyertai sebuah kelab dalam Liga Perdana Inggeris walaupun ada menerima tawaran daripada dua buah kelab Eropah.

Bagaimanapun sehingga pintu perpindahan ditutup tengah malam Jumaat lalu, nama Owen masih tidak muncul dalam mana-mana senarai kelab dalam Liga Perdana Inggeris.

Selain bermain sebanyak 52 kali bersama Manchester United dan menjaringkan 17 gol selama tiga musim, Owen juga pernah mewakili Real Madrid sebanyak 45 kali dan menjaringkan gol sebanyak 16 kali serta Newcastle United sebanyak 79 kali (30 gol).-Mstar

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...