Kenapa ADUN DAP P.Pinang Cepat-Cepat Tutup Kes Curi Wang Di Kuil?

Pemuda MIC Pulau Pinang hari ini mempersoalkan tindakan ahli Lembaga Wakaf Hindu Negeri Pulau Pinang (PHEB) RSN Rayer yang juga Adun Seri Delima bertindak menutup kes kecurian wang di Kuil Sri Balathandayuthapani Sabtu lepas melibatkan wang sebanyak RM10,395.00..



“Kenapa RSN Rayer (gambar) mengambil kepentingan utama dalam isu kecurian ini di mana beliau telah memberikan arahan untuk menarik balik laporan polis ini.

“Adakah RNS Rayer ingin memberikan mesej bahawa kecurian duit milik tabung kuil (orang ramai) merupakan satu kesalahan yang ringan dan boleh dimaafkan secara diam-diam?

“Adakah RSN Rayer merupakan “kingmaker” dalam PHEB dengan mengambil tindakan serta berkuasa daripada pengerusi yang sedia ada?,” soal Ketua Pemuda MIC Pulau Pinang J Dhinagaran dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut pemimpin MIC ini dalam kes kecurian tersebut, penolong bendahari kuil tersebut telah membuat laporan di Balai Polis Pulau Tikus terhadap seorang kakitangan PHEB pada 8 September lalu tetapi terpaksa menarik balik laporan tersebut berikutan “arahan dari Rayer”.

Kes kecurian ini bukan kes yang pertama. Menurut Dhinagaran dua tahun lepas wang PHEB sebanyak RM68,000 turut dicuri.
Justeru itu, Dhinagaran (gambar) turut membidas peranan Timbalan Ketua Menteri II Dr P Ramasamy yang juga merupakan pengerusi PHEB.

“Adakah Dr P Ramasamy hanya berfungsi sebagai sebuah boneka dalam menguruskan lembaga ini? Ini kerana Rayer nampaknya lebih bertindak melulu dalam segala urusan PHEB,” kata Dhinagaran.

Ramasamy dituduh sebagai lebih menguruskan isu warga Sri Lanka berbanding rakyat Pulau Pinang.
Ketua Menteri Lim Guan Eng turut digesa oleh Pemuda MIC Pulau Pinang agar mengambil tindakan terhadap Rayer.

“Di bawah pemerintahan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang yang mengamalkan prinsip kecekapan, kebertanggungjawapan dan ketelusan, apakah tindakan susulan oleh YB Lim Guan Eng terhadap RSN Rayer yang telah campurtangan dalam masalah ini?,” soal beliau. -FMT

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...