Kereta Zed Zaidi Hilang Lagi.

Gambar Hiasan

PERNAH kehilangan kereta Toyota pada tahun 2007, Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi, 32, berdepan perkara sama sekali lagi.

Zed yang dihubungi mengakui, kereta kedua kesayangan itu dipercayai dicuri di kediamannya, Kondominium Perdana View, Damansara Perdana,  petang, 4 September lalu.

Jelas Zed, dia menyedari perkara itu selepas pulang dari membeli-belah bersama isteri, Natalia Mustafa Kamil, 29, dan anak mereka Ryan Ziqry yang baru berusia dua bulan."Isteri saya yang pakai kereta itu dan kami baru pakai dua tahun.

"Saya tak perasan bila lagi kereta itu hilang, sehinggalah semalam (Selasa).Enggan mendedahkan jenis keretanya yang hilang itu, Zed bagaimanapun meluahkan rasa kecewa kerana alat pengesan yang dipasang pada kereta buatan tempatan itu gagal berfungsi.

"Mungkin penjenayah itu mempunyai kepakaran mencuri kenderaan.“Saya menasihati orang ramai supaya lebih berhati-hati agar kejadian seperti ini tidak berlaku,” ujarnya.Dalam pada itu, isterinya telah membuat laporan polis di Balai Polis Mutiara Damansara.-SH

Published with Blogger-droid v2.0.8

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...