Kertas Ujian Di Sekolah Yang Bikin Juak Pakatan Haram Makan Hati!

Aku ucapkan syabas kepada cikgu-cikgu yang mengambil insiatif menanyakan soalan seperti diatas didalam kertas ujian mereka.

Ia bagi menunjukkan perlunya nilai-nilai murni didalam sanubari setiap rakyat Malaysia untuk menghargai keamanan yang ada dan menonjolkan kejahatan sesetengah puak minoriti di malaysia yang suka buat huru-hara. Pada aku, soalan ini tidak sedikitpun berunsur politik.


Bersih 3.0 merupakan satu manifestasi kelakuan buruk puak pakatan haram yang sememangnya tidak wajar dilakukan oleh semua rakyat Malaysia kerana ia ternyata memberi kesan yang sungguh memudaratkan dalam pelbagai aspek.

Setiap pelajar harus dididik dengan kelakuan yang terpuji untuk menjadi warga Malaysia yang cintakan keamanan negara dengan berkelakuan sopan dan tertib dalam setia amalan kehidupan seharian.

p/s: pandai budak tu jawab soalan dengan menyatakan tak wajar. Budak-budak pun paham erti keamanan.
Juak setan kuning saja suka bikin kacau.

1 comment:

Sudir said...

Wakaka.. Memang pedas bercili...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...