Ngeri! Wanita Terputus Dua Digilis Kereta Api Di Sungai Petani. (Gambar-Gambar)

Saban tahun kita selalu mendengar kes kejadian digilis kereta api berlaku. Namun kepekaan kita terhadap isu ini agak kurang. Terbaru satu kejadian telah berlaku di Sungai Petani, Kedah.

Ia bermula dengan tindakan berani dua beradik perempuan melintasi laluan kereta api yang sudah pun ditutup dengan palang automatik mengundang padah apabila seorang daripadanya maut dan seorang lagi cedera parah dilanggar kereta api.


Motosikal mangsa tersepit di bawah kereta api sebelum diheret sejauh kirakira 200 meter.

Rani yang cedera parah dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani.

Kejadian ngeri jam 12.45 tengah malam itu menyebabkan penunggang motosikal, Nalinidevi Kanabal, 18, maut di lokasi kejadian manakala kakaknya, Rani Kanabal, 20, cedera parah pada bahagian kepala, tangan dan kaki.

Kejadian dikatakan berlaku apabila dua beradik yang bekerja sebagai operator pengeluaran di sebuah kilang dekat Taman Ria Jaya di sini, sedang menunggang motosikal untuk pulang ke rumah mereka di Taman Kelisa Ria.

Menurut sumber, mangsa baru selesai melakukan upacara keagamaan dekat sebuah rumah kenalan di Pekan Baru Sungai Petani bersama dua lagi rakan.

“Mangsa yang tiba di pagar lintasan kereta api sedang dalam perjalanan dari arah pusat bandar menuju ke Pekan Lama Sungai Petani melintas laluan pagar yang diturunkan.

“Belum sempat melintasi landasan, mangsa dilanggar sebuah kereta api yang mengangkut muatan simen dari Perlis menuju ke Kuala Lumpur,” katanya.Motosikal mereka dipercayai tersangkut pada rel semasa dilanggar dan diseret lebih 200 meter menyebabkan perjalanan kereta api tergendala seketika.

Cebisan mayat mangsa turut kelihatan di atas landasan dengan keadaan kaki, tangan dan anggota lain yang putus antara satu sama lain. Rani yang mengalami kecederaan parah dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintendan Ong Aik Chang mengesahkan kejadian itu. Beliau menasihati orang ramai supaya mematuhi undang-undang dan tidak tergesa-gesa untuk melintas landasan kereta api.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...