Ni Apahal MB Perak Ajak Anwar Bersumpah Pula?

Tak perlulah, DS Zambry. 
Buang masa, mengabihkan beras saja ajak si Anwar Pandikuti tu bersumpah.  
Takde nya dia berani. 
Perkara yang melibatkan moral buruknya seperti meliwat dan 'main' dengan china doll pun dia tak berani bersumpah untuk menafikannya, apatah lagi hal yang dianggap remeh oleh si anwar ni.
MB Perak Sedia Bersumpah Dalam Masjid Bersama Anwar 
IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mencabar Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Remis, Nga Kor Ming untuk memanggil Datuk Seri Anwar Ibrahim bersumpah di mana-mana masjid berhubung dakwaan kononnya beliau pernah merayu kepada ketua pembangkang itu untuk menjadi Menteri Besar (MB) Perak selepas pilihan raya umum lepas.

Beliau berkata, tuduhan Nga itu adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab.
"Ia adalah satu penghinaan kepada saya," katanya kepada pemberita selepas persidangan Dewan Undangan Negeri di sini, pada Selasa.

Isu itu timbul apabila Nga sebelum itu yang mencelah perbahasan usul berhubung isu lompat parti memberitahu persidangan dewan bahawa beliau mendengar cerita bahawa Zambry pernah merayu kepada Anwar untuk mendapatkan jawatan MB Perak.

"Tadi Adun Pengkalan Hulu (Tan Sri Mohd Tajol Rosli Ghazali) berkata ketua pembangkang pergi jumpa (Adun) Pangkor (Zambry) nak tawarkan jawatan MB. Ini adalah 'story' (cerita).

"Tapi sebelah saya dengar (Adun) Pangkor merayu kepada ketua pembangkang untuk jadi MB, tapi (Anwar) tak mau bagi. Itu yang saya dengar," dakwa Nga.

Zambry berkata, beliau telah menyatakan pendiriannya bahawa beliau tidak akan meninggalkan perjuangannya walau dengan apa cara sekalipun.

Adun pembangkang, Chang Lih Kang (PKR-Teja) yang sedang membahaskan usul berkenaan ketika itu berkata, beliau tidak mengetahui tentang dakwaan itu.

"Apa yang dikatakan tadi saya tidak tahu tapi saya tahu (Adun) Pangkor memang rapat dengan ketua umum (Anwar) saya. Ada offer (tawaran) ke, tak ada offer, saya tidak tahu," katanya.- BERNAMA

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...