Puak Pakatan Mengamuk Di Perlis Tumbuk ADUN BN!


“Ini kita anggap sebagai peringatan kepada wakil rakyat yang lain, jika berada di luar perlu lebih berjaga-jaga,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Perlis, Mat Hassan yang ditumbuk seorang lelaki kelmarin.


Beliau ditumbuk seorang nelayan yang tidak berpuas hati apabila perniagaan di pasar di sini didakwa terjejas gara-gara kewujudan pasar Burma di kawasan sama.

Mat berkata, walaupun ditumbuk di khalayak ramai dalam kawasan sendiri, semangatnya sama sekali tidak luntur untuk melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya untuk membela nasib rakyat.
Menurutnya, isu pasar yang didakwa bukanlah masalah utama beliau ditumbuk lelaki terbabit.Kata Mat, lelaki itu dipercayai daripada parti pembangkang dan tidak puas hati apabila ramai penduduk di sekitar kawasan berkenaan memilih perjuangan yang dibawanya.

Mengenai kes tumbuk itu, beliau menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk bertindak, tetapi tidak mahu mana-mana individu cuba bertindak membelanya akibat dendam.“Kita ada undang-undang, jadi biarlah undang-undang menentukan.

Perjuangan akan diteruskan, cuma kita perlu lebih berhati-hati semasa berada di luar memandangkan sebarang kemungkinan boleh berlaku.“Sebenarnya pasar Burma itu bukan di bawah kuasa saya. Ia di bawah kuasa Majlis Perbandaran Kangar (MPK). Mereka di situ hanya berniaga pada sebelah malam. Mereka rakyat Malaysia,” katanya.

Beliau berkata, sebagai wakil rakyat, beliau hanya mampu menyuarakan hasrat peniaga kepada pihak majlis.“Saya tidak menyangka sama sekali perkara seperti ini akan berlaku, tambahan lagi di kawasan sendiri.
“Keadaan ketika itu tidak tegang dan hanya seperti biasa. Tiba-tiba sahaja lelaki itu bertindak agresif dan menumbuk bahagian bawah mata kiri saya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin berkata, seorang suspek telah ditahan kira-kira jam 4 pagi semalam dan direman tiga hari untuk siasatan lanjut.-SH

AS KATA PUAK PAKATANLAH SAMSENG YANG SEBENARNYA.
SELEPAS MENGACUKAN PISTOL KPD ORG RAMAI, PENUMBUK PULA DITALU KEPADA ADUN BN.
INILAH BUDAYA POLITIK BANGSAT YANG DIBAWA OLEH PUAK PAKATAN HARAM.


Published with Blogger-droid v2.0.8

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...