Namun jika kita amati, Malaysia adalah sebuah negara yang cukup demokrasi dan bertoleransi diantara satu sama lain.. Kebebasan diberikan seluas-luasnya kepada semua rakyatnya yang berbilang kaum dan agama.
Namun amat menyedihkan, pihak pakatan sering mencetuskan permusuhan dan rasa tak puas hati diantara kaum dan agama demi untuk meraih keuntungan politik untuk mereka..
Namun jika diteliti entry dibawah kita sukar untuk terlepas dari melakukan perkara-perkara seperti yang dinyatakan di bawah. (Bold)
Ya Allah, ampunilah dosa-dosa sekalian hamba-hambamu ini.
Kebebasan bersuara di dalam Islam ada batasan. Allah SWT menyebut di dalam Al-Quran contohnya ketika menceritakan tentang pembahagian harta pusaka yang bermaksud, “Itulah batasan-batasan Allah, maka janganlah kamu melampauinya.” (surah Al-Baqarah, ayat 230)
Ini bermakna kita mempunyai batasan untuk bercakap, bukan bebas bercakap sesuka hati. Kalau bebas, kesan daripada kebebasan bersuara ini, yang menurut sebahagian pihak, golongan-golongan liberal dan plural ini yang cuba berusaha memastikan negara kita memberikan kebebasan berkuasa mutlak kepada rakyat.
Adakah kita ingin kes pembikinan filem yang menghina Nabi berlaku dalam negara kita? Adakah kita ingin buku-buku yang menghina Nabi SAW ditulis dan disebarkan di dalam negara kita? Adakah kita ingin dalam negara kita orang bangkit dan mencerca Islam atau mana-mana agama secara terbuka?
Di peringkat antarabangsa jelas Islam tidak diberikan kebebasan.Contohnya mereka yang mengatakan kebebasan beragama, apabila mereka mencerca Islam, umat Islam dan Nabi kita SAW. Apabila muncul tindakan refleks atau tindakbalas fitrah bagi umat Islam yang cintakan agamanya mereka akan bertindak memburukkan umat Islam semula.
Mereka menuduh umat Islam sebagai ekstrimis, sedangkan yang mula membuka ruang untuk dicerca, diserang, adalah mereka sendiri. Sedangkan kalau di UK, contohnya tokoh yang banyak berbicara tentang perbandingan agama seperti Dr. Zakir Naik tidak dibenarkan masuk ke dalam negara mereka. Dibandingkan dengan kebebasan beragama dalam negara kita amat baik, yang saya kira wallahua’lam tidak ditemui pada negara-negara yang lain.
Tokong Buddha terbesar ada dalam negara kita, bakal gereja yang terbesar di Asia juga di dalam negara kita iaitu di Selangor, tokong hindu yang terbesar juga ada di Selangor juga. Ini satu muhasabah. Walaupun kita tengok masjid-masjid kita pun rasanya tidak ada sampai yang terbesar di Asia.
Saya kira kebebasan beragama dalam negara yang diberikan, kita perlu bersyukur dengan apa yang ada. Islam sendiri memberikan hurriyatul i’tiqad yakni kebebasan beragama, tetapi bukanlah kita menyeru kepada kebebasan beragama, kita menyeru kepada Islam, cuma kita membebaskan kaum bukan Islam untuk beramal dengan agama mereka masing-masing. Kita ada perjanjian, asalkan sahaja mereka jangan melanggar perjanjian yang termetrai sesama kita agar tidak berlaku huru-hara dan kacau bilau.
Berkaitan isu penghinaan terhadap Nabi, ia bukanlah perkara baharu. Sejak hari pertama Nabi menyebarkan dakwahnya sudah ada hinaan dan cercaan terhadap peribadi baginda. Saya suka membawakan di sini fatwa dari seorang ulama’ senior yang disegani dunia Syaikh Dr. Soleh Fauzan al-Fauzan katanya,
“Nasihat kami dalam hal ini adalah hendaknya kita tetap tenang dan tidak mengingkari hal ini dengan cara-cara yang keliru seperti dengan melakukan demonstrasi, menzalimi orang-orang yang tidak memiliki keterkaitan dengan hal ini, atau sampai merosak harta benda orang lain. Ini adalah cara-cara yang tidak diperbolehkan. Yang wajib untuk membantah mereka sebenarnya adalah para ulama, bukan orang awam. Para ulama yang berhak membantah dalam perkara-perkara ini. Hendaknya kita senantiasa tenang.
Orang-orang kafir sebenarnya ingin mengganggu kita serta memancing amarah kita. Ini yang mereka inginkan. Mereka juga ingin agar kita saling membunuh. Pihak berkuasa keamanan berusaha mengawal situasi ini, sedangkan yang lain (para demonstran) berusaha menyerang, sehingga terjadilah pergaduhan, pembunuhan, dan banyak yang cedera. Mereka menginginkan hal ini. Hendaknya kita senantiasa tenang dan bersikap tenang. Yang berhak untuk membantah mereka adalah orang-orang yang memiliki ilmu dan bashirah, atau hendaknya mereka tidak perlu dibantah. Orang-orang yang membantah mereka juga tidak boleh disama-ratakan.
Ingatlah, dahulu orang-orang musyrik berkata terhadap Rasul SAW, “Penyihir, dukun, pendusta” dan perkataan hinaan yang lain. Namun, Allah memerintahkan Rasul-Nya untuk bersabar. Kaum muslimin ketika itu tidak melakukan demonstrasi di Makkah, tidak menghancurkan sedikit pun dari rumah-rumah kaum musyrikin, juga tidak membunuh seorang pun. Sabar dan tenanglah sampai Allah SWT memudahkan jalan keluar bagi kaum muslimin. Yang wajib dilakukan adalah tenang, khususnya saat ini, di saat munculnya banyak teror dan kejelekan di negeri-negeri kaum muslimin. (Fatwa Syaikh Dr. Sholih Al Fauzan- dalam sesi soal jawab kajian Al Muntaqo (karya Jadd Ibnu Taimiyah) di Masjid Jaami’ Mut’ib bin ‘Abdul ‘Aziz, Malaz, Riyadh, Kerajaan Saudi Arabia pada hari Sabtu, 28 Syawal 1433 H)
Antara tindakan rasional dan waras yang perlu diambil, pertama sekali ialah bersabar dengan apa yang berlaku. Kedua, reda dengan ketetapan Allah. Ini ujian Allah SWT ke atas umat Islam. Kita tidak sama sekali reda dengan filem tersebut. Ketiga, berdoa kepada Allah agar umat Islam diberikan kekuatan dan kemuliaan. Kemudian kepada pihak yang memiliki ilmu dan autoriti mulakan usaha menjelaskan kekeliruan dan salah faham yang dibuat terhadap ajaran Islam.
Kaki-kaki facebook dan twitter, daripada sibuk cuit dan ‘twit’membongkar keaiban orang, membangkit isu kesalahan orang, elok digantikan dengan twitter ayat-ayat Al-Quran, hadis-hadis Nabi SAW dan cerita tentang Nabi SAW.
Buat mereka yang kurang arif dan tidak mampu berhujah secara ilmiah, membantahnya adalah dengan melahirkan perasaan benci.
Kata Nabi SAW di dalam hadis tentang benci, ertinya: “Sekuat-kuat tali ikatan iman adalah cinta sesuatu kerana Allah dan membenci sesuatu kerana Allah.” (riwayat Imam Ath-Thabarani)
-Ilmuanmalaysia.com
No comments:
Post a Comment