Dr. Zakir Naik di Johor Pendakwah Dan Ulama Sejati..Ramai menangis kerana ada insan peluk Islam..(Video) Azhar Idrus??

Setelah bertungkus lumus dan berhempas pulas - venue kejap PERSADA, kejap PUSAT ISLAM, kejap DATARAN BANDARAYA ... Alhamdulillah empat hari sebelum program barulah finalise tempatnya di DATARAN BANDARAYA. Di saat-saat terakhir - malamnya program - siangnya diminta untuk tanggalkan RM52,000 khemah kerana hendak memastikan PEACE TV dapat berfungsi.

Semua persoalan terjawab apabila kecanggihan peralatan PEACE TV dipaparkan ketika program ceramah Dr Zakir Naik. Lebih 100 sukarelawan telah dikerah untuk membantu bagi menjayakan program ini anjuran Kerajaan Negeri Johor dan Majlis Agama Islam Johor dengan kerjasama IIS, IRF dan disokong oleh IKRAM sebagai satu-satunya NGO yang membantu menjayakan program ini.

Oleh kerana hujan turun begitu lebat sehari sebelum ini (hari Khamis) - maka lighting terpaksa di uji beberapa minit sebelum ceramah. Program rasmi tertangguh dari jam 8.00 mlm hingga 9.30 mlm. Apabila pogram bermula dan hampir 8,000 yang hadir ...hati mula terubat. Ramai yang menangis apabila soalan pertama diajukan...diakhiri dengan beliau mengucap dua kalimah syahadah. Beliau adalah salah seorang peminat Dr Zakir Naik dan berminat dengan Islam lama dah... tapi malam itu ia menjadikan semua masalah kami sebelum ini kecil... ratusan ribu yang dikeluarkan rasanya berbaloi.

Dato' Nuh Gadut telah menelefon saya pada petangnya dan berkata, "Takpelah syeikh ... anggaplah segala kesusahan ini sebagai ujian dari Allah". Senyumannya meleret apabila melihat keadaan pada malam itu. Datuk Mufti pun tidak lekang senyumannya. Insya Allah lepas ini banyak lagi program yang akan dianjurkan dengan pihak Majlis Agama Islam Johor dan IKRAM.

Selepas program puas bergambar dengan Dr Zakir naik dan diberi peluang makan semeja dengan beliau. Sumber

A.S harap Dr Zakir dapat datang ke Penang.
Ulamak sejati dan pendakwah yang aku kagumi selama ini.
Segelintir Pendakwah Malaysia, kena ada selit cerita politik hentam sana sini baru ummphh...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...