Gambar-Gambar Demo Bantahan Penduduk Terhadap ADUN Machang Bubuk & Kerajaan DAP P.Pinang Petang Tadi

 Kemarahan dan ketidakpuasan hati penduduk-penduduk di sekitar Kampung Machang Bubuk, Bukit
Mertajam nampaknya sudah tak tertahan lagi. Petang tadi mereka telah mengadakan demo secara aman bagi melahirkan kekecewaan terhadap ADUN PKR mereka yang dikatakan tidur dan langsung tak buat kerja.

Motif utama diadakan demo ini ialah berkaitan isu banji dikawasan tersebut yang sampai sekarang tiada jalan penyelesaian. Difahamkan peruntukan untuk projek tebatan banjir sebenarnya ada. Tapi projek ini masih tak berjalan setelah sekian lama. Sebelum ini, papan tanda projek tersebut telah dipacakkan tetapi tidak diketahui apa sebabnya semuanya tak jadi.

Mereka juga kecewa dengan Guan Eng yang ditakrifkan sebagai lanun yang merompak duit rakyat. Caj parking oleh MPSP sekarang ini dari pagi hingga ke malam dan banyak kawasan yang sudah terlibat dalam penguatkuasaan undang-undang parkir berbayar ini.
Semasa BN memerintah, caj parkir hanya hingga jam 6 petang sahaja dan banyak kawasan yang parkir hanya percuma sahaja walaupun di bawah pihak majlis.

Camni ke negeri kebajikan?
Puii!!!
p/s; Adun PKR Machang Bubok asyik sakit sahaja dan baru baik dari kena stroke, silap-silap haribulan boleh 'padam' terus kalau macam ni!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...