Gambar Yang Jelas Membuktikan Pergolakan Yang Kronik Antara PAS dan PKR!

Banner ini digantung di simpang Pekan Sungai Acheh dalam kawasan Parlimen Nibong Tebal.

Banner di sebelah kanan dari PAS kalau tak silap aku dah digantung lebih sebulan yang lalu manakala banner di sebelah kiri dari PKR baru sahaja digantung.

Untuk makluman, pada PRU2008 yang lalu kerusi DUN Sungai Acheh telah ditandingi oleh calon dari PKR dan telah tewas kepada calon dari UMNO.
Dapat diperhatikan sejak kebelakangan ini, PAS telah melakukan pelbagai gerak kerja untuk membuktikan yang mereka lebih layak dicalonkan di kerusi ini berbanding dengan PKR.

Maka PAS pun tanpa segan silu terus meletakkan banner mereka dengan terus berkempen undilah calon mereka di DUN Sungai Acheh pada PRU13 nanti. Mungkin ini satu mainan psikologi kepada rakan pakatan mereka sendiri iaitu PKR.

Mungkin ada dikalangan pecacai PKR yang tak puas hati dan memendam rasa agaknya, lantas mereka juga menggantung banner bagi menunjukkan mereka perlu dihormati kerana mereka merasakan calon PKR yang lebih layak untuk bertanding di kerusi DUN tersebut berbanding PAS. Bagi mereka, PKR merupakan penyandang calon di kerusi tersebut dan mereka lebih berhak.

Korang nilaikanlah sendiri betapa sesama mereka pun tiada sepakat dan saling curiga mencurigai diantara satu sama lain. macam ni ke nak perintah Malaysia?

p/s: bukan tu saja, sesama PKR pun ada 3 calon yang sedang cantas mencantas antara satu sama lain untuk membuktikan dialah yang paling layak menjadi calon PKR di kawasan DUN tersebut. Gila kuasa betui puak-puak ni! menang pun belum tentu!

3 comments:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

Memang jelas. Kalau rakyat x boleh pikir tak tau le. PR sesama mereka sendiri pun bertelagah

Anonymous said...

lannn...tok le deme..... kita bg nasihat deme kata kita jahil. kita diam mede kata kita kalah. lannnn...tok le.... deme.... yg aku tau, dr celik mata sampai skrg, aku beso dan tua bwh payung umno. kroni x kroni aku x tau. deme buat salah, Tuhan ada. yg penting Malaysia x mcm indon, myanmar, filipina, dan lain2.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...