Orang Cina Sedarlah. Mana Nak Cari Negara Macam Malaysia Ni?

Malaysia satu-satunya negara iktiraf pendidikan Cina

Malaysia adalah satu-satunya negara di luar China yang mengiktiraf pendidikan Cina sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri yang menggambarkan ia sebagai kepentingan besar, berkata tiada satu pun negara di rantau ini, sebagai contoh, mengiktiraf pendidikan Cina.

"Kita adalah satu-satunya negara di luar China yang mempunyai pendidikan Cina sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan. Kita telah mengiktiraf pendidikan Cina di Malaysia, dan saya fikir ia adalah besar, mempunyai kepentingan yang besar.

"Sila lihat dalam konteks itu, dalam perspektif bahawa kita telah mengiktiraf pendidikan Cina sebagai sebahagian daripada sistem (pendidikan) kebangsaan, katanya semasa sejam diwawancara oleh penyampai radio Melody FM, stesen radio Astro berbahasa Cina kedua, di sini hari ini.

Najib merupakan tetamu stesen radio itu untuk segmen 'Melody FM Morning Boss' bersama penyampai Chui Ling dan Jentzen Lim. - Bernama

Aku cuma nak peringatkan kepada warga kaum cina terutamanya Dong Zong, sebuah pertubuhan ektremis Cina yang bertopengkan pendidikan Cina, bersyukurlah apa yang kerajaan bantu sekarang. 


Sudah-sudahlah mempolitikkan bab pendidikan ini. Apa-apa permasalahan, cuba dibawa berbincang dengan 
cara yang betul, tak perlulah nak tunjuk mengeras dan main ugut-ugut terhadap kerajaan.  

Sekolah Vernakular tetap dijamin selamat oleh kerajaan walaupun kewujudannya jelas menjamin perpecahan yang berkekalan di kalangan rakyat Malaysia. Hakikatnya, Sekolah Cina, Bahasa Cina dan kaum Cina tidak pernah terancam di Malaysia. 
Tetapi Sekolah Cina yang sebenarnya mengancam kedudukan Bahasa Kebangsaan, perpaduan, kestabilan dan keamanan negara ini.

4 comments:

Anonymous said...

........ segala galanya kerana "UNDI" untuk mengekalkan "KUASA". usahlah najib menggunakan perkataan "KITA" sedangkan ramai lagi orang orang Melayu saya rasakan tidak bersetuju. disebabkan itulah orang orang cina tiada perhentian untuk mendesak kerajaan untuk kaum mereka "sahaja"

Anonymous said...

berita macam haramjadah,malu nak baca pasai jelas menunjukkan kebengongan webmasternya,,,

Anonymous said...

org cina bijak politik..x macam or melayu kampung kann? dapat 2 helai kain pelikat terus pangkah bn..betuil ke..?

Anonymous said...

Orang Cina Malaysia perlu mempunyai identiti Cina Malaysia. Berbeza dengan Cina lain. Ini pun kalau kamu anggap kamu wargenegara ini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...