Aku salute dengan hujah berfakta yang dikemukakan oleh Ketua Pemuda UMNO yang ternyata telah membuatkan puak pakatan merah muka. Tahniah dan syabas aku ucapkan kepada beliau diatas keberaniannnya ini. Kita tak perlu takut dengan retorik dan persepsi palsu yang dimainkan oleh pecacai pakatan.
Mungkin agaknya semangat beliau masih membara bila balik dari Program di penang semalam (SINI).
Keberanian berhujah menggunakan fakta seperti inilah yang harus dilakukan oleh semua anak muda bagi menyanggah fakta semberono dan berbekalkan air liur dari pecacai pakatan.
Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menolak dakwaan bahawa kerajaan
pimpinan Barisan Nasional (BN) menzalimi mana-mana pihak atau negeri
yang ditadbir pakatan pembangkang.
Ia sebagai respons kepada dakwaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar
Ibrahim yang membangkitkan isu kononnya kerajaan persekutuan menzalimi
negeri-negeri berkenaan daripada segi bantuan kewangan.
"Kerajaan BN tidak menzalimi atau menghukum mana-mana pihak. Ketua
Pembangkang (Anwar) kata kena rujuk Kementerian Kewangan. Saya sudah
jumpa kementerian terbabit dan minta statistik," kata Khairy yang juga
Anggota Parlimen Rembau ketika sesi perbahasan Rang Undang-undang
Perbekalan 2013 yang bermula di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menguatkan hujahnya dengan memberi contoh jumlah kutipan cukai
kerajaan pusat yang diperoleh dari Kelantan pada 2008 adalah RM249 juta.
"Kalau ikut semangat federalisme, sepatutnya kerajaan pusat belanjakan
sekurangnya-kurangnya RM249 juta dengan apa yang disumbangkan rakyat
Kelantan kepada tabung yang disatukan di peringkat persekutuan. Tapi
perbelanjaan kerajaan pusat (kepada Kelantan) RM4.3 bilion.
"Kedah pula, kutipan cukai kerajaan persekutuan pada 2008 ialah RM1
bilion. Tapi yang dibelanjakan (kerajaan pusat kepada Kedah), oleh
kerana Kedah di bawah pembangkang dan tidak pilih BN, kita belanjakan
hampir RM6 bilion.
"Macam mana hendak kata kita zalim? Itu Kedah dan Kelantan. Kita faham
sebab negeri berkenaan memerlukan perbelanjaan," katanya.
Bagi Selangor pula, beliau berkata untuk tempoh sama, kutipan cukai
adalah RM13 bilion namun perbelanjaan kerajaan pusat kepada negeri itu
mencecah RM14.5 bilion.
Jelasnya, bagi Pulau Pinang, cukai yang diperoleh adalah RM16.7 bilion
manakala perbelanjaan kerajaan pusat untuk negeri itu mencecah RM20.4
bilion termasuk peruntukan membina lapangan terbang baharu dan jambatan.
"Tadi, dengar Ketua Pembangkang kata rezab Selangor meningkat tetapi
masalahnya kerajaan persekutuan mengeluarkan berbilion ringgit kerana
banyak perkara tidak dapat diselesaikan kerajaan negeri itu.
"Dia (Anwar) bangga rezab Selangor naik tetapi apa guna naik kalau (urusan) sampah pun tidak boleh kutip?" kata Khairy.
Ulasan Khairy itu membuatkan beberapa anggota parlimen pembangkang
'panas telinga' dan cuba mengalih perhatian sambil meminta Khairy
membuat perbandingan dengan negeri-negeri lain.
Hamim Samuri (BN-Ledang) mempertahan Khairy, sambil menegaskan jawapan yang diberikan bertepatan dengan dakwaan Anwar.
"Angka-angka yang disebut Anggota Parlimen Rembau datang daripada
pegawai-pegawai Kementerian Kewangan. Kata (kerajaan BN) zalimi
negeri-negeri pembangkang. Itu tajuknya (fokus). Saya juga rujuk
Kementerian Kewangan dan ia betul. Maknanya, mereka (pembangkang)
menghina pegawai-pegawai Kementerian Kewangan," katanya.
Khairy turut menyentuh janji-janji pembangkang yang gagal dilaksanakan
khususnya di Selangor, termasuk janji memberikan elaun khas kepada
wanita tidak bekerja.
"Masalahnya ada yang kata manifesto (pilihan raya) bukan janji. Kita
masih lagi membiayai dan membantu rakyat di negeri-negeri pembangkang
kerana kerajaan BN bertanggungjawab dan tidak mahu rakyat ketinggalan
disebabkan pemerintahan pembangkang," kata Khairy.
Hari pertama sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2013 itu
hampir mencetuskan kekecohan apabila anggota parlimen pembangkang
mempertikai tindakan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin
Mulia mengehadkan masa perbahasan bagi Ketua Pembangkang.
Bagaimanapun, Pandikar Amin menolak dakwaan itu dengan berkata beliau
selama ini telah berlaku adil kepada kedua-dua pihak yang diberi
peruntukan masa bersesuaian untuk berhujah.
"Bilangan sebelah kerajaan ramai dan bukan semua dapat bercakap. Itupun
telah saya seimbangkan. Sejak mula saya jadi speaker, saya cuba sebaik
mungkin untuk beri peluang kepada kerajaan dan pembangkang.
"Saya terlampau beri laluan yang seluasnya kepada semua. Janganlah saya
beri betis, minta pula paha...bila beri paha janganlah hendak pijak
kepala," tegas beliau. - Bernama
No comments:
Post a Comment