Steady UMNO Tanah Merah!! Pok Nik?


Macam ni pun sesetengah orang Klate boleh kata UMNO tak baguih lagi ke?

Tak cukup dengan KAFA yang dipimpin oleh pemimpin UMNO iaitu  DS Annuar Musa berjaya membawa Kelantan ke arah kecemerlangan bolasepak, UMNO Tanah Merah ni sentiasa bagi perhatian kepada rakyat Klate yang ingin bersama-sama merasai bahang final bolasepak Piala Malaysia dengan memberikan tiket percuma.

Ini hanya satu daripada peranan utama UMNO di Klate dalam bidang sukan, bab pembangunan dan sumbangan lain, toksah cakap la, nak cerita 7 hari 7 malam pun abis.

PAS Klate? Nak bina satu masjid sepanjang 22 tahun memerintah Klate pun susah.. Korang pikir-pikir le rakyat Klate oii..

***************



INISIATIF Umno Bahagian Tanah Merah mengedarkan 5,000 tiket percuma kepada anak-anak Parlimen Tanah Merah di perantauan untuk menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Kelantan mendapat sambutan hangat apabila sebanyak 2,500 keping tiket habis diberikan dalam tempoh tiga jam sejak kaunter dibuka pada jam 10 pagi.


Ketua Umno Bahagian Tanah Merah, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz berkata, kaunter tiket akan dibuka sehingga jam 9 malam esok, selagi stok masih ada.

“Bagaimanapun sekiranya tidak mencukupi, kita akan berusaha mendapatkan tiket tambahan untuk diberikan secara percuma kepada anak-anak perantauan Tanah Merah,” katanya ketika ditemui di Perodua Noble Twin (M) Sdn Bhd, Jalan Enggang, Keramat, sempena pengagihan tiket percuma, semalam.

Pemberian ini merupakan kali ke empat dilaksanakan oleh Umno Bahagian Tanah Merah Kelantan sempena kemaraan pasukan Red Warriors ke final.

2 comments:

Anonymous said...

Org bagi free kita amik..undi tetap pas ...

Anonymous said...

Apalah...tak habis2 main politik ke...dalam dunia ni carilah kat sudut manapun tak ada keadaan di mana semua orang sokong kita...jgn nampak kelemahan orang je..kita semua betul ke...
pasal masjid ni maleh cakap le? nak banyak masjid tapi sembahyang tidak..buat apa...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...