Baru
 dua hari lepas Kampung Matahari Naik, Teluk Kumbar kecoh dengan 
sekumpulan penduduk Melayu membantah kerana rumah-rumah mereka akan 
dirobohkan. Cerita itu masih hangat diperkatakan di kalangan penduduk 
kawasan Teluk Kumbar. 
Semakin hari semakin pupus orang-orang Melayu di 
Teluk Kumbar khususnya dan di bahagian Pulau, Pulau Pinang amnya. Rumah 
yang sedang dibina oleh pemaju-pemaju perumahan pula harga ratus-ratus 
ribu ringgit. Tidak ada lagi rumah-rumah murah seperti harga RM25 ribu 
atau RM45 ribu yang dibina oleh kerajaan BN suatu masa dahulu.
Cerita
 benar yang baru diterima, satu lagi kampung Melayu, Kampung Nelayan, 
Teluk Kumbar akan lenyap tidak lama lagi. Sebahagian penduduk telah 
menerima perintah mahkamah dalam tempoh 14 hari untuk mengosongkan tanah
 di situ. Kena halau lagi! Sudahlah kena halau, pihak plantif juga akan 
menuntut daripada defendan gantirugi yang ditaksir akibat dari kegagalan
 defendan menyerahkan milikan kosong. 
Termasuklah juga segala faedah, 
kos dan relif lain dan/atau selanjutnya yang difikirkan wajar dan adil 
oleh mahkamah. Sebanyak 14 keluarga orang Melayu di Kampung Nelayan 
terpaksa hidup tanpa rumah jika tidak ada pembelaan yang sewajarnya bagi
 pihak mereka.
|  | |
| Bantahan penduduk di Kg. Matahari Naik | 
Penduduk di kawasan Teluk Kumbar dan Sungai Batu dan mungkin juga
 di tempat-tempat lain tidak senang duduk hari ini. Di sana sini projek 
rumah mewah naik bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Perkampungan 
Melayu sikit demi sikit semakin terhapus. Hidup orang Melayu semakin 
terhimpit akibat keadaan politik yang tidak memihak kepada orang Melayu. 
Kehangatan isu merobohkan rumah di Kampung Matahari Naik masih belum reda. Yang terlibat kebanyakannya penyokong dan pengundi-pengundi PR. Tapi di mana pemimpin-pemimpin pembangkang, wakil rakyat pembangkang dan penyelaras DUN semasa penduduk-penduduk ini tersepit? Apakah ini yang dikatakan PR sebagai parti membela rakyat?
Akhirnya pemimpin UMNO 
juga yang terpaksa turun padang membantu dan akhirnya pelaksanaan 
meroboh rumah-rumah tersebut ditangguhkan oleh mahkamah. UMNO yang 
dikatakan parti yang zalim inilah yang membantu orang Melayu yang 
dizalimi. PAS dan PKR apa buat? Ceramah, ceramah dan ceramah hanya untuk
 ke Putrajaya. Itulah kerja pemimpin2 PR siang dan malam. Hidup UMNO! 
hidup Islam! dan hidup Melayu! 
 


 
 

6 comments:
bertuahlah rakyat p.pinang terutamanya kg nelayan teluk kumbar setelah sekian lama dizalimi oleh kerjaan BN maka mereka akan menerima ganjaran dari kerajaan yg maha adil.
melayu pp tak sedar2 lagi. pru13 ni nanti, beri lagi kuasa memerintah pp kepada dap, pkr, pas yer. kalu bagi kat bn nanti tak leh masuk syurga dap!
sudahlah luka kau orang jirus cuka lagi.
Anak anak melayu perlu diajar sejarah. Akibat mak bapak main politik anak anak hilang negara.
Tajuk diatas 'Tahniah' itu hanya sarcastic. Jangan lurus bendul tak paham sangat.
Aku ucap tahniah kepada melayu bengong yang sokong pakatan haram tu!
Menang sorak kampung tergadai. Bukan setakat kampung ja hangpa gadai, maruah bangsa & masa depan anak2 hangpa sekali semua hangpa serah kat harbi.
Aku nasihat kat hangpa Melayu PP hak gatai tangan pi pangkah PR PRU lepas,pi terjun laut, jangan timbui2 dah!. Jangan ada lagi keturunan bodoh duk ada dalam bangsa melayu kita ni. Buat malu saja.
PTUIHH!
Post a Comment