Aku nak kongsi surat cinta pertama yang aku terima dari AES. Aku yakin, ramai rakan pembaca dan rakan blogger ada yang turut dah dapat surat chenta dari AES ini.
Aku akui memang aku terlebih laju sikit pada malam itu dan speed 132km/j yang dicatitkan itu aku terima dan aku akur atas kesalahan yang telah aku lakukan.
Kesalahan ini telah direkodkan diantara Tol taiping ke Bukit Merah menghala ke utara. Memang power la 'flash' AES ni sampai terang benderang nombor plet kereta aku walaupun pada waktu malam.
Persoalan dari surat cinta ini. Yang pertama, kita sewajarnya harus diberi peluang untuk berurusan dengan PDRM sama, bukannya JPJ semata-mata. kalau dengan PDRM, kadar diplomasi dengan mereka memang bagus dan saman ini mungkin boleh dikurangkan jika membayar saman dalam tempoh yang ditetapkan. Itu seharusnya yang diimplementasikan.
Bukannya dengan mengenakan hukuman mandatori RM300 'no nego' seperti ini.
Kita semua juga perlu sedar, AES ni sistem yang digunakan diserata dunia, di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Jerman dan banyak lagi. Bukannya perkara baru dalam dunia yang fana ini.
Pada aku, Nak laksanakan AES ni boleh tapi biar ada pertimbangan dan kelonggaran.Contohnya, untuk kereta persendirian, bayar kurang dari 2 minggu dikenakan RM50, 2 minggu ke 2 bulan, RM150 dan lebih 2 bulan kena maksimum RM200 cukup!
Macam kes bas ekspres, kasi mandatori pun aku setuju.
Bagi aku amaun itu sudah cukup bagi tujuan mendidik dan memberi pengajaran serta mendorong pemandu lebih mematuhi peraturan jalanraya.
Bab setiap saman yang telah dibayar tetapi terhad kepada 5 Juta saman akan diagihkan sebanyak RM16 kepada syarikat pembekal sistem AES ini, aku cadangkan bayar RM4 sudah! Buat untung sikit-sikit cukup dan habuan untuk balik modal diatas pembekalan sistem ini.. Yang penting syarikat yang dikatakan 'kroni' tak rugi dan boleh 'survive' sudah! Senang orang tak kata!!
Yang baki selebihnya kerajaan silalah bagi ruang untuk berdiplomasi dan diskaun dengan mangsa seperti aku yang telah disaman ini.
Maaf cakap, aku sebagai orang yang kerat-18 sekalipun tetap UMNO sedikit sebanyak terkesan dan berasa sedikit marah dengan saman yang agak kejam ini walaupun aku sedar rasional sebenar penguatkuasaan ini dijalankan.
Bagaimana pula rakyat lain diluar sana yang atas pagar dan penyokong tegar pembangkang yang sukar menerima penguatkuasaan seperti ini walaupun diberi penerangan sampai berbuih mulut sekalipun?
Mungkin juga mentality orang Malaysia, sukar menerima sesuatu undang-undang yang baru.
Pada aku juga jika difikirkan dari sudut lain, ini bukan masalah rakyat dengan kerajaan, ini masalah individu,masing-masing takut
kena saman,tapi memandu semedang nak laju dan nak langgar lampu merah.
Aku yang kena pun
aku benci nak bayar,tapi itulah,cara bagus untuk didik kita berhemah.Jadi gomen berhak mengambil duit dari mereka yang membahayakan nyawa orang lain di jalan raya.
Biar gomen kutip duit bukan kutip mayat. Tak kasaq kot? Hehe
Persoalan akhir disini yang terlintas di mindaku, adakah sistem p-engutkuasaan AES ini terbukti berkesan benar-benar untuk mendidik?
Selepas melepasi kawasan Kamera AES yang memang dah diketahui lokasinya, maka aku yakin majority pemandu yang degil akan meningkatkan
semula kelajuan kenderaan mereka pada 120km/j ke atas.
Lampu merah juga tak mustahil akan dilanggar di kawasan yang tiada kamera AES ini.
Oleh itu projek ini mungkin hanya akan
meningkatkan jumlah SAMAN tetapi tidak mampu memberi kesedaran yang sebenar kepada
kesemua pemandu di Malaysia. Hangpa fikir-fikirkanlah...
p/s: Waktu yang getir nak hadapi PRU13 nilah korang kelam kabut nak laksanakan sistem ni.
Tak reti sabar dan pikir habis ke wahai pak-pak menteri UMNO Barisan Nasional??
9 comments:
Salam..
Bagaimana kita buat cadangan kepada pihak kerajaan, jikalau speed trap ni tidak dikenakan denda dengan ringgit malaysia atau duit la..
Suggest untuk sipesalah trafik nie membuat kebajikan,iaitu pada tarikh ditetapkan, perlu mendaftar di PDRM atau JPJ untuk membuat kerja2 cuci longkang ke, sapu sampah keliling Majlis bandaraya ke,kutip sampah ke atau tugasan lain yang tidak berkaitan duit, tapi mengurangkan kos2 pentadbiran kerajaan..kan ke menjimatkan proses pengendalian..so, bagaimana pendapat nie..atau ada suggestion lain..tq
Salam,
betul ! kalau saya, memang marah kot sebab melayang rm300. bukan sikit tu. gila byk !
tapi tulah, tak dbuat kang, makin byk accident, dah dbuat, rakyat marah.
sebenarnya, our govt try to implement kaedah punishment di mana, menarik sesuatu yang disukai orang iaitu DUIT sebagai denda.
apabila sakit hati dan marah dan terpksa bayar juga, potensi untuk manusia itu berubah adalah tinggi.
di area bangi, sesiapa yang mengetahui ada kamera, dorag awa2 dah slow dah. atleast, pemandu malaysia dapat kurangkan laju, tak lah bawa menyetan2 pastu menyusah kan orang terutama PLAT NOMBOR dari negara selatan tuh. huh, nyampah !
xpa, biar our govt handle dulu benda ni. bila dah terkena, sure akan bertaubat punya.
xpa bro. take it easy. 1st learning. ok.
Yup, bagi run dulu tengok camne...harap2 rakyat malaysia berubah la...supaya kurangkan top ranking exsiden di dunia nie..tq
not only kurangkan accident ranking, but RUDE ranking, oh my Malaysia.... malaysia patutnya kaya BUDI PEKERTI. hmmm....
Salam...
Had laju kat lebuh raya Malaysia ni kena lah naikkan sampai 130kmjke... kalau lebih dari tu bary lah saman... bukan semua rakyat malaysia pakai kereta kancil dan kereta zaman 60an... kebanyakkan CC engin kereta pun dah lebih 1000CC... Masaalah sekarang baru permulaan JPJ pasang AES, kalau dah samapai 800 lebih nanti orang yang ckp bagus2 ada kemera pasang AES ni x bagi orang laju dia sendiri yang kena saman... barulah sedar diri... lepas tu jual kereta dan beli kancil terpakai lah jawabnye... Saya sokong ada AES, letak lah kat lampu2 Isyarat dan simpang2 yang kebanyakkan orng potong barisan kerena nak cepat tu... baru betul... kalau dalam bandar tu boleh lah had laju sekarang ni... Jagan kita setuju2 je sekarang ni, nanti kita jugak yang padan muka... dah lah cukai jalan ikut CC, nak kena bawak pelahan, ape kata kerajaan hapuskan terus cukai jalan atau kurangkan je cukai jalan RM 50 je dan x payah jual lansung kereta lebih 1000CC... ada berani?... JPJ pulak x payah luluskan pendaftaran kereta yang tinggi2 CC ni kat Malaysia sebab x selamat... TQ
Nak tanya walaupun saya tak ada kereta sebab kereta untuk saya bukan satu keperluan bagaimana AES hendak mengesan bas/lori yang melebihi 70km sejam (tak silap saya inilah had laju untuk kenderaan yang berat)? Dan kenderaan berat yang terlebih laju juga penyumbang besar kepada statistik kemalangan.
Memandangkan ianya sistem automatik saya kurang pasti (lebih tepat tidak percaya) bahawa AES boleh membezakan antara lori dan kereta. Lori/bas sepetutnya sudah kena saman bermula pada kelajuan 70km keatas lagi bukan apabila sudah mencecah 110km ke atas.
betul tu... mana masuk akal kalau kenderaan berat tetap ikut lorong 2 sedangkan jalan mempunyai 3 lorong?... kalau negara kecik mcm singapore tu boleh lah nak buat had laju mcm tu... ini kita nak pegi balik kampung pun kena berjam2 atas jalan raya...
sepanjang aku menggunakan lebuh raya kat malaysia ni aku jumpa kete kancil yg pandu di lorong paling kanan..dengan panduan ala2 F1..aku tengok kete cc besar serupa kete lamborgini di punya besitt..kalau depan ada kete bwk slow sikit bagi lampu suruh ketepi..lori/bas punya nak gila berlumba mcm kat kat litar sepang...kalau nak tengok lori bwk muatan lebih datang lah kat N.sembilan kat area jalan bahau ke gemas..dipunya load barang tak hinggat sampai kita nak potong pun takut..JPJ tak dak tindakkan pun..kemalangan kat Malaysia ni kalau mati kebanyakan satu family goll..kdg2 tinggallah anak kecik kat rumah menangis mak bapa dah tak ada ...orang Malaysia mana ada sifat sabar..laju tanda kemajuan !!
nyawa lebih bernilai dari duit, so ikut had laju yang ditetapkan...
Post a Comment