Filem Tamil Yang Sedang Ditayangkan Menghina Islam.

KUALA LUMPUR – Tiga badan bukan kerajaan (NGO) membantah penayangan filem tamil berjudul Thupakki di negara ini kerana didakwa menghina Islam.Presiden Ikatan Relawan Insan Muslim Malaysia, Amir Amsa Alla Pitchay berkata, filem secara keseluruhannya menunjukkan penganut agama Islam sebagai pengganas.

Menurutnya pihaknya telah meneliti tayangan filem berdurasi selama dua jam itu dan terbukti ia sememangnya merupakan sebuah filem yang direka untuk menimbulkan persepsi buruk terhadap agama Islam.

“Kita bantah penayangan filem ini di Malaysia secara keseluruhannya dan saya juga meminta Kerajaan Malaysia mengambil tindakan drastik menghentikan tayangan filem ini,” katanya kepada pemberita semalam.

Presiden Pertubuhan Ansarul Islam Malaysia Saed Muhammad S.Maimuni berkata pihaknya kecewa dengan Lembaga Penapisan Filem Malaysia (Finas) kerana membenarkan filem itu untuk tayangan.“Apa yang dipaparkan dalam filem ini adalah sesuatu yang serius sepatutnya Finas peka tentang perkara ini agar ianya tidak ditayangkan kepada umum,” katanya.

Tambahnya, setakat ini penerbit dan pengarah filem itu di India telah pun memohon maaf di atas penghasilan filem sedemikian yang memburukkan Islam dan tayangan itu telah pun dihentikan serta-merta.

Setiausaha Agung Majlis Madrasah India Muslim Malaysia, Kamal Batcha N.M.R Mohidenn berkata, filem yang mula ditayangkan sejak Deepavali itu jelas mempunyai niat jahat.“Kalau diteruskan tayangannya kita khuatir ianya akan membangkitkan kemarahan umat Islam di negara ini jadi kami mahu ia dihentikan,” katanya.

Susulan daripada penayangan filem itu juga, tiga laporan polis dibuat di Balai Polis Dang Wangi semalam.

Published with Blogger-droid v2.0.8

1 comment:

Komentar said...

Industri perfileman sekarang sudah tidak hiraukan perspektif masyarakat sekeliling...tau nak buat duit aje

v
v
v

Video Lucu >>> KLIK SINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...