Karpal Kata Harun Taib 'Nakal'!


Karpal: DAP tidak pernah setuju dengan hudud

DAP hari ini menegaskan ia tidak pernah bersetuju dengan pelaksanaan hukum hudud di negara ini.Pengerusinya Karpal Singh berkata berkata kedudukan parti itu mengenai isu hudud tidak boleh dikaitkan dengan sebarang kompromi dan ia adalah dasar kepada kewujudan parti itu.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib semalam bahawa pakatan pembangkang secara umumnya bersetuju dengan pelaksanaan hudud sekiranya mereka dapat membentuk kerajaan selepas pilihan raya umum ke-13.

"Kenyataan Harun adalah nakal dan jauh menyimpang dari kebenaran," katanya dalam satu kenyataan.Beliau turut membidas Harun yang berkata PAS telah menjelaskan pandangannya dengan DAP beberapa kali apabila kedua-dua parti duduk bertukar pendapat.

"Sudah tentu saya sentiasa tidak bersetuju dan telah memberi sebab secara terbuka dengan berkata demikian berdasarkan peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan dan interpretasi peruntukan-peruntukan tersebut oleh mahkamah tertinggi di negara ini," -Bernama

Published with Blogger-droid v2.0.8

1 comment:

Anonymous said...

Anda pakai handphone? Ingin saya tunjukkan satu teknik bagaimana dengan handphone, anda boleh mendapat sedikit duit poket tiap-tiap bulan?
Penerangan disini percuma, tak kena bayar apa2!.

Klik disini: http://tunetalk.ws/12005.php

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...