Tempohari ada pecacai pakatan kata perobohan ini telah menuruti semua prosedur dan tindakan mahkamah. Maka kununnya tindakan perobohan ini wajar dilakukan setelah tuan rumah warga emas itu dikatakan tidak mengendahkan arahan dari MPPP itu.
Kenyataan Anwar ini sebenarnya cuba untuk menjadi populis kembali dan cover line kononnya kerajaan Penang ni tak kejam sebenarnya terutamanya kepada orang melayu.
Tapi sudah terlewat Nuar, ternyata rejim DAP amat zalim menindas dan menganiaya orang melayu Pulau Pinang. Hang kata apa pun Nuar, persepsi rakyat Penang terhadap kepimpinan Guan Eng yang menindas orang melayu tidak mampu diubah lagi.
Memang terbukti sudah terang lagi bersuluh kerajaan rejim DAP Pulau Pinang langsung tak prihatin kepada masalah rakyat. Yang mereka prihatin ialah terhadap towkey-towkey besar pemaju projek perumahan dan komersil.
Kalau hangpa nak selamat, PRU13 ni pakat ramai-ramai kita tolak pakatan!
***************
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengkritik tindakan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) meroboh rumah seorang warga emas di Lengkok Sungai Gelugor di George Town Khamis lepas. Beliau mempersoalkan tindakan MPPP itu memandangkan arahan untuk tidak merobohkan rumah berkenaan telah dikeluarkan kerajaan negeri.
“Kalau ada ahli majlis dari Pakatan Rakyat yang terlibat, saya akan tentukan orang seperti ini tidak perlu dilanjutkan kerana dia tidak prihatin permasalahan rakyat,” katanya. Anwar yang juga anggota Parlimen Permatang Pauh menggesa kerajaan negeri menyiasat sama ada terdapat kecuaian di peringkat pegawai atau ahli majlis.
Baru-baru ini akhbar melaporkan penguatkuasa MPPP meroboh bahagian depan rumah milik Mariam Tahir, 72, tanpa mengeluarkan sebarang notis terlebih dahulu kerana strukturnya tidak mengikut peraturan ditetapkan. - Bernama
1 comment:
nuar wayang jer tu!!
nk amik simpati org melayu penang
tp betol cakap ko bro, dah terlambekk
Post a Comment