Perbandingan Saman AES Di Luar Negara & Malaysia Yang Mungkin Boleh Diimplimentasikan Di Sini

Saman AES bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga di Amerika contohnya di Chicago. Tujuan utama pelaksaan saman AES ini memang ternyata murni di Malaysia, mahu mengurangkan kadar kemalangan di Malaysia yang mana menyebabkan kerajaan rugi setiap tahun sejumlah RM9 bilion (kata Timbalan menteri Pengangkutan).
Dan kita sebenarnya tidak sama sekali menolak terus AES ini. Tetapi kita mahukan sistem saman AES diteliti semula apabila melihatkan pelaksanaannya agak canggung, ramai yang mempertikaikannya. Kami juga sama sekali tidak akan menerima atau menolak bulat-bulat tanpa bersebab…..
Namun mungkin ada beberapa aspek yang dilaksanakan di negara luar yang boleh diimplementasikan di Malaysia yang memungkinkan majority besar rakyat Malaysia dapat menerima perlaksanaan penguatkuasaan sistem saman ini secara lebih rasional dan tidak dipengaruhi emosi. 

Perbezaan Saman AES di Amerika (Chicago) VS Saman AES di Malaysia?
Semakan menunjukkan kalau di Amerika, operasi saman AES di sana :
  • Hanya akan beroperasi pada waktu bekerja sahaja. Sumber : http://www.wbez.org/story/quinn-signs-speed-camera-bill-chicago-96152
  • Jika anda memandu 6mph 10mph (10km/h-16km/h) melebihi had laju yang telah ditetapkan, anda hanya perlu membayar separuh daripada jumlah USD100 (jumlah saman penuh yang dikenakan)
  • Jika anda di sana memandu hanya lebih1mph- 5mph (8km/h) daripada had laju yang telah ditetapkan, anda tidak perlu membayar apa-apa
Begitu juga di Singapura. Di Singapura….
  • Jikalau had laju yang ditetapkan sekitar 80km/h tetapi anda memandu 90km/h anda tidak akan dikenakan saman
  • Jika had laju yang ditetapkan adalah 90km/h tetapi anda memandu pada kadar kelajuan 100kmj, anda juga tidak dikenakan saman trafik
  • Ini kerana, mana-mana kelajuan yang melebihi 10kmj daripada had laju yang telah ditetapkan, barulah saman trafik akan dikenakan
Tidak salah kita meniru idea dari negara luar untuk didaptasikan dengan persekitaran dan situasi rakyat Malaysia. Kita sedia maklum yang rakyat Malaysia ini agak sukar untuk menerima sesuatu perkara yang baru apatah lagi perkara itu  mungkin membebankan bagi yang terkena.. 

Mungkin AES boleh terus dilaksanakan di Malaysia tetapi perlu ada penambah baikan secara total dan kerajaan perlu mencari ruang untuk meminimakan pertikaian dan keraguan rakyat terhadap kerajaan UMNO Barisan Nasional yang memang dikenali sebagai kerajaan yang mendahulukan kepentingan rakyat. 

Jangan kerna nila setitik, rosak susu sebelanga. Jangan kerana silap percaturan dalam melaksanakan sistem AES ini, tak mustahil kertas undi pangkah lambang kati akan berkurangan di peti-peti undi dalam PRU13 ini. 
Apatah lagi ramai manusia durjana pakatan yang sentiasa mengambil kesempatan memainkan persepsi negatif untuk meracuni pemikiran rakyat..

5 comments:

Anonymous said...

memang JPJ tak de kesian punya kalau polis boleh lak ada diskaun, nampak sangat nak cari duit.

Anonymous said...

Elok tukar je pengarah JPJ

Anonymous said...

Itulah kalau cakap makan gaji buta, marah! Yang ada tu pegawai yg ada kelulusan tinggi tapi otak letak kat lutut! Sebelum buat implementasi tu fikir dulu. Kalau setakat ikut orang lain tapi tak faham konsep, apa guna!. Bila rakyat kata kerajaan memang nak cekik duit rakyat, dah tak boleh jawap. Jawapan yg ada pun yg tahap bodoh gaban! Huh! Buat susah rakyat bayar cukai utk bayar gaji kau orang!

MalaysianCareer said...

Iklan Jawatan Kosong Terkini KLIK SINI

Anonymous said...

Kenapa kerajaan nak laksanakan AES kat Malaysia, rakyat Malaysia dah la berpendapatan rendah. 1kmh = RM300, nampak sgt nak ambik kesempatan. kan lebih baik, budget utk laksanakan AES digunakan utk menaikkan taraf hidup rakyat. Lagipun, sistem saman AES bukan dibawah PDRM mahupun JPJ. Milik syarikat Swasta …Persoalannya, sejak bila SYARIKAT swasta ada kuasa dalam bidang penguatkuasaan undang-undang jalanraya? Semakan banyak saman, semakin banyak untung yang diterima oleh syarikat yang mengendalikan saman AES ini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...