Rafizi Jambu Dicabar Nazri!

SHAH ALAM – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz mencabar Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli membuat laporan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung beberapa dakwaan melibatkan diri dan anaknya.

Nazri turut mencabar Rafizi mengambil tindakan undang-undang ke atasnya kerana terlalu yakin mempunyai bukti kukuh membabitkan anaknya yang menggunakan kenderaan mewah milik ahli perniagaan Micheal Chia.

“Saya cabar dan tunggu di mahkamah. Saya tidak perlu buat laporan ke atasnya, dia yang menuduh, maka dia yang patut bawa ke mahkamah. Undang-undang negara kita, siapa menuduh, dia yang perlu dakwa dan buktikan, bukannya orang dituduh.“Saya juga cabar dia buat laporan kepada SPRM. Saya tunggu,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Kelmarin, Rafizi mencabar Nazri mengambil tindakan undang-undang ke atas dirinya kerana dituduh menyebarkan fitnah.Sebelum itu, Rafizi turut menayangkan tujuh klip rakaman video berhubung penggunaan kenderaan mewah itu.-SH

Published with Blogger-droid v2.0.8

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...