Zulfahmi naik podium di Valencia - (Video Lari Dari Kena Arak)

Pelumba Moto3 negara, Zulfahmi Khairuddin melengkapkan musim 2012 Moto GPnya dengan lagi kejayaan membanggakan nama Malaysia.

Selepas melakar kejayaan sulung podium naib juara pada Grand Prix Malaysia bulan lalu, Zulfahmi membuktikan bahawa dia memang layak menerima anugerah pelumba paling meningkat naik Moto3 musim ini.

Pada Grand Prix Valencia lewat petang tadi, Zulfahmi yang memulakan perlumbaan dari petak ke-17, mempamer kematangan apabila memintas pelumba lain dalam keadaan litar yang basah, melengkapkan pusingan penutup tirai musim ini dengan podium tempat ketiga.

Secara keseluruhannya, Zulfahmi melepasi sasaran pungutan 100 mata, melengkapi musim 2012 bersama pasukan AirAsia-Ayo di tempat ke-7 dengan 128 mata.


3 comments:

Anonymous said...

tahniah kerana membanggakan negara
moga allah melindungi zul

Anonymous said...

bangga dgn kemenangan dia dan bangga dgn pegangan agamanya yg baik..

Anonymous said...

tahniah Zulfahmi!! kami bangga dengan anda! keep up the faith.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...