Wang imbasan & proses radioterapi
“KAK Yan benar-benar perlukan wang itu bagi ujian imbasan. Sekarang, terus terang, Kak Yan hanya ada RM350 dalam tangan.
Tak tahu nak cakap apa kerana keadaan kesihatan benar-benar tidak
mengizinkan,” kata seniwati Azean Irdawaty, 62, yang khuatir tidak dapat
mengumpul wang mencukupi untuk menjalani ujian imbasan di Hospital
Beacon, Petaling Jaya, pada 8 Januari depan.
Menurut Azean, dia memerlukan RM2,150 bagi melakukan ujian imbasan
otak, dada, abdomen, darah, pelvis selain proses radioterapi.
Ujian itu penting bagi menentukan status penyakit kanser Lymphedema
yang bukan saja menyerang tulang belakang, malah doktor menemui tumor
dalam otaknya.
Selain itu, Pelakon Terbaik Festival Filem Malaysia (FFM) pertama pada
1980 itu turut disahkan menghidap kanser payudara tahap ketiga pada Jun
2007.
Azean menghidap Lymphedema iaitu kesan akibat pembedahan membuang 16
kelenjar yang dilakukan pihak hospital ketika menghadapi barah payudara
sebelum ini.
Sebelum ini, Yayasan Kebajikan Negara (YKN) dilaporkan bersedia
meringankan beban kos rawatan ditanggung Azean ketika Pengerusi Lembaga
Pemegang Amanahnya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengunjungi
kediaman seniwati itu di Bandar Utama, Oktober lalu.
Januari lalu, dunia hiburan tanah air dikejutkan dengan khabar angin
disebarkan pihak tidak bertanggungjawab di laman sosial twitter mendakwa
Azean meninggal dunia. Akhirnya anak Azean tampil membuat kenyataan
yang ibunya masih hidup dan sihat walafiat.
A.S harap, sesiapa yang mampu dan ada lebihan wang, jomlah pakat-pakat kita sumbang apa yang patut.
Mana pergi Zed Zaidi??
p/s: Hospital Beacon tu hospital swasta? Adakah Kak Yan tak yakin dengan rawatan hospital kerajaan? Tapi, kalau mampu tiada salahnya.. Kalu tak mampu?? Tepuk dada tanya hati la..
1 comment:
Assalamualaikum, Kepada Kak Yan.
Bukan tujuan Saya hendak mengutuk Kak Yan..Tapi sekadar memberi peringatan kepada saya sendiri, serta yang melibatkan perniagaan MLM.
Dulu Dulu Dengan gah dan bangga nya MLM Suppliment Supliment anda BOLIH menghindar dari bermacam macam PENYAKIT,tapi sekarang apa dah jadi kepada Kak Yan sendiri.
Betul, ada kata dalam Ugama,Setiap penyakit ,ada ubatnya.
Akan tetapi bila kita cuba mendapat hasil atau pendapatan tinggi dan lumayan dengan mengatakan product kita,lebih baik dan lebih bagus, kita lupa kepada ALLAH yang MAHA ESA.
Apa dah jadi dengan janji janji suppliment2 yang Kak Yan katakan dulu..semua penyakit bolih baik..!?
Sama jugalah dengan MLM yang lain,JANGAN berhohong untuk mendapat hasil lumayan mudah sehingga lupa siapa sebenarnya kita...?
Kepada kak Yan, pergilah kehospital kerajaan kalau tiada kemampuan, tiada hinaya.
TUN Mahathir pun mendapat rawatan diHOSPITAL KEARAJAAN MALAYSIA.
Ramai hanya akan mengucapkan 'kesian'tapi hendak membatu hanya segelitir saja.
Apa pun saya cuma bolih bersimpati pada Kan Yan, semuga ALLAH memudahan anda rezeki, serta mendapat bantuan.
(Tidak terlintas atau mahu menghina Kak Yan dihati saya.)Wassalam.
Post a Comment