Blogger Malaysia Akui Sudah Lucut Kerakyatan Hanya Kerana Isu K-Pop Di Shout! Award 2012 ?

Berita paanasss lagi menghangatkan di hujung minggu ini. Jumaat lalu telah berlangsungnya malam kemuncak Shout! Award 2012 yang diadakan di Surf Beach, Sunway Lagoon. Majlis itu juga telah dimeriahkan dengan kedatangan kumpulan K-Pop Korea yang diminati remaja masa kini iaitu Vixx dan Ne'ust. Dalam kemeriahan itu, ada juga sekelompok penonton yang hadir (K-Pop Haters) telahpun melemparkan kata cacian seperti 'booo' kepada kumpulan berkenaan.

Tidak cukup dengan cacian itu, ada diantara penonton tersebut telah melemparkan sesuatu ke arah salah satu kumpulan berkenaan ketika mereka sedang membuat persembahan. Difahamkan, benda tersebut adalah kasut dan kepingan kertas.

Susulan berita kurang menyenangkan itu, ada diantara peminat-peminat K-Pop Malaysia melahirkan kekecewaan atas tindakan itu melalui laman sosial Facebook dan Twitter. Ada diantara mereka meminta maaf kepada kumpulan Vixx dan Ne'ust bagi pihak penonton berkenaan.

Lebih memeranjatkan lagi, hanya disebabkan isu itu, seorang peminat setia kumpulan ini yang juga seorang blogger di Malaysia mengaku dia telah melucutkan kerakyatannya sebagai warganegara Malaysia. Menurutnya lagi, dia telahpun berpindah ke Korea dan menjadi rakyat tetap di negara itu. Berikut 'kata-kata manis' blogger tersebut yang ditulis di dalam blog peribadi miliknya.



Hasil tinjauan kami di dalam blog miliknya, ternyata blogger tersebut amatlah taksub dengan muzik dan budaya K-Pop yang kini menjadi fenomena di seluruh dunia.

Pada artikel yang sama, blogger tersebut memberi cadangan kepada mana-mana pihak pengajur supaya melupakan hasrat untuk menjemput kumpulan/artis K-Pop untuk berkongsi pentas dengan artis Malaysia.

Pada pengakhiran artikel tersebut, dia sempat berjenaka (mungkin) bahawa dia datang dari Planet Matoki yang terletak di Korea. #L.O.L.zzzzzz



Berikut pula merupakan satu video klip yang memaparkan beberapa objek terbang ke udara ketika kumpulan Vixx membuat persembahan. - Twitter, Facebook & YouTube -Sumber

A.S; Kesahihan perkara ini sebenarnya masih diragui. Jika benar,
perkara penting yang aku nak sampaikan di sini ialah betapa bodohnya segelintir rakyat Malaysia seumpama ini yang sanggup menukar kerakyatan hanya kerana perkara remeh seperti fanatik terhadap K-Pop! WTF!

Elemen patriotik dan semangat cintakan negara perlu ada pada setiap jiwa rakyat Malaysia.
Kebelakangan ini dapat dilihat, semangat patriotik sangat kurang di hati rakyat Malaysia terutamanya kepada penyokong dan pemimpin pakatan.! 

Mereka sanggup burukkan negara di negara luar hanya untuk kepentingan politik sempit mereka.
Orang seperti inilah yang sewajarnya tukar sahaja kerakyatan dan berambus saja dari negara Malaysia.

1 comment:

Bingai @ Bangang said...

memang bagus pun dia lucut warganegara sebab dia pun dah buruk kan negara. tapi yang buruk kan negara diluar ni bila pula nak lucutkan kerakyatan? tak malu ke masih mengaku warganegara sebuah negara yang diTUDUHnya zalim?

Lepas ni apa pula? K-Pop tak boleh masuk Kelantan, tukar agama pula ke? kekekeke

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...