CAT: Cina Amat diuTamakan??

Dimanakah gambar ini diambil? Bukan di Negeri cina komunis mahupun negeri Lee Kuan Yew yang suka menindas orang Melayu. Tetapi di negeri Pulau Pinang yang dimenangkan oleh orang Melayu pembangkang.
Inilah rintihan peniaga melayu Pulau Pinang.

Kerajaan Pulau Pinang hari ini telah memasang papan tanda yang melarang kenderaan melalui lorong baru atau digelar sebagai New Lane dari arah Jalan McCalister ke Jalan Datok Keramat. Masa larangan ini ditetapkan untuk waktu 2 tengahhari hingga ke 1 malam setiap hari.

New Lane merupakan tempat popular bagi peniaga makanan Cina yang berniaga di tepi jalan. Tempat ini begitu popular hingga sering mengganggu lalulintas dua hala sejak lama dahulu.

Oleh kerana peniaga ini Cina, maka kerajaan tidak ambil tindakan ke atas mereka tetapi diletakkan papantanda sedemikian untuk mengelakkan kesesakkan pada waktu tersebut supaya lebih selesa peniaga dan pengunjung ke situ.

Begitu sekali kesediaan kerajaan negeri membantu peniaga-peniaga tepi jalan tersebut.

Bagaimana pula dengan peniaga-peniaga Melayu jika berlaku keadaan yang sama?

Bukan niat untuk mengungkit isu dari kacamata perkauman tetapi kalau tiada apa-apa berlaku pada peniaga Melayu pun sudah dianggap syukur.

Dikawasan Melayu diletakkan papan amaran larangan menjaja.

Atas sebab ini difahamkan Pertubuhan-Pertubuhan Melayu sedang merancang akan mengadakan suatu sidang akhbar untuk mengecam sikap dpuble standard pihak kerajaan negeri.

Jelas sekali kerajaan negeri telah membeza-bezakan layanan antara peniaga Melayu dan peniaga Cina. Peniaga Cina yang tidak memohon bantuan sedemikian tetapi dimudahkan lalulintas untuk mereka.

Gerai Melayu dirobohkan walaupun tidak langsung menghalang lalu lintas. Selalunya pihak kerajaan negeri akan melakukan sesuatu yang tegas dengan mengenakan denda atau menggantung lesen perniagaan.

Diharap sidang akhbar dan tuntutan yang dibuat oleh Pertubuhan Melayu itu. didengar dan diambilkira

Namun tidak boleh diharapkan dari kerajaan negeri. Pasti mereka akan memberi pelbagai alasan dan menjustifikasi tindakan mereka dengan pelbagai angka dan statistik yang tidak ditolak kemungkinan ianya alasan atau angka yang palsu.

Kenapa tiada larangan dikenakan terhadap mereka??

Ini pernah dilakukan mereka dalam pengakuan peruntukan kerajaan negeri kepada sekolah agama rakyat.

Walau macam mana tekanan pun akan diusahakan oleh Pertubuhan Melayu ini, selagi DAP yakin keseluruhan kaum Cina akan menyokong kerajaan DAP di pilihanraya akan datang, mereka tidak akan peduli.

Biarlah macam mana rintihan, kesusahan atau kesengsaraan hasil tindakan mereka terhadap peniaga Melayu.

Begitulah sikap mereka, selagi mereka merasakan undi Melayu tidak akan mengggugatkan mereka di Pulau Pinang. Selagi itu, polisi CAT atau Cina Amat Diutamakan akan terus dikekalkan.
-Sumber

4 comments:

Anonymous said...

Tak apa. PRU13 nanti undilah lagi DApig.

Anonymous said...

Tuan Admin tlg check dgn PDC, baru ni kwn sy nak beli rumah dgn PDC, ada satu pegawai cina tu boleh cakap tak dijual untuk org melayu hanya untuk org cina saja, klu kawasan seberang ada untuk melayu. Baayangkan Penang akan jadi apa kemudian hari...Singapura ke-2...Takebeer....

Anonymous said...

post2 bangang dari pelax2 umnobn

dewi_sue said...

eh..anon 11:47 AM tak suka baca fakta ke? Kalau dah buta hati dah tak leh nak ubat dah...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...