Duda 36 tahun meninggal sejurus Harimau Malaya menang


Alor Setar: Seorang duda berusia 36 tahun yang juga peminat setia Harimau Malaya, disahkan meninggal dunia sejurus pasukan kesayangannya itu menundukkan Indonesia dalam saingan peringkat kumpulan Piala AFF Suzuki di sini, malam kelmarin.


Jasuky Jahury Jaafar, yang bekerja sebagai Pembantu Perawatan Kesihatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, disahkan meninggal dunia jam 11 malam, selepas beberapa minit perlawanan berkenaan tamat.

Ketika itu, Jasuky dikatakan sedang meraikan kejayaan skuad Harimau Malaya membenam Indonesia 2-0 bersama ahli keluarganya, di rumah mereka, di Taman Mas Merah, dekat Titi Gajah.

Tiada sebarang penyakit
Bapanya, Jaafar Hassan, 63, berkata ahli keluarganya langsung tidak menyedari anaknya itu mempunyai sebarang masalah kesihatan.

“Bagaimanapun, sebelum ini dia ada mengadu badannya kebas malam semalam (kelmarin), namun tiada sebarang tanda-tanda pelik yang kelihatan ketika kami sekeluarga menonton bola sepak. “Ketika sedang meraikan kejayaan Malaysia, dia (Jasuky) tiba-tiba terdiam sebelum disedari tidak bernyawa.

“Walaupun sedih, kami sekeluarga tetap reda dengan apa yang berlaku,” katanya. Jasuky yang cukup meminati skuad Harimau Malaya adalah anak sulung daripada tiga beradik. Jaafar berkata, anaknya itu menetap bersama keluarga sejak hidup menduda beberapa tahun lalu.BH

Baru 36 dah mati mengejut, ajal tak mengira usia.
Takziah A.S ucapkan. Alfatihah..

Published with Blogger-droid v2.0.8

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...