Gambar-Gambar Syahdu Orang UMNO Bersolat Jumaat & Solat Hajat

Sanggup Nik Ajiz mengtakan UMNO seolah-olah murtad bila kita lihat gambar-gambar di bawah.




Jom kita lihat pendapat Ustaz Fathul Bari dalam hal ini.  -SUMBER

Soalan: Bagaimana komen ustaz tentang kenyataan Nik Aziz baru-baru ini bahawa Umno itu murtad?

Jawapan:
Bismillah,

Sebenarnya perlu diperbetulkan sedikit kenyataan tersebut. Saya melihat video kenyataan TG Nik Abdul Aziz beberapa kali dan saya tidak mendengar perkataan beliau menyatakan Umno itu murtad. Tetapi saya dapat pastikan bahawasanya cara beliau bercakap adalah dengan menggunakan kaedah mantiq – ilmu kalam.

Kaedah mantiq ini ada muqaddimah; muqaddimah 1, muqaddimah 2 dan natijah. Contoh;
Muqaddimah 1: Benda yang memabukkan adalah haram
Muqaddimah 2: Arak itu memabukkan
Natijah = Arak itu haram.

Begitu juga dalam isu ini, berulang kali saya dengar perkataan TG Nik Abdul Aziz meletakkan dua muqaddimah dan satu lagi muqaddimah ketiga sebagai sokongan, tetapi beliau tidak menyebutkan natijahnya.
Muqaddimah pertama beliau menyatakan: Memperlekeh Islam itu hukumnya murtad.

Muqaddimah kedua beliau menyatakan: Umno tolak Islam dan tolak Islam bererti memperlekeh Islam.
Tapi dia tidak menyebutkan natijahnya secara jelas. Sebenarnya natijah dari perkataan beliau itu sangat jelas. Beliau secara langsung atau tidak langsung telah menghukum Umno sebagai murtad. Ini adalah kaedah mantiq yang memang diguna pakai oleh golongan-golongan falsafah dan ahlul kalam.

Apabila saya melihat hal yang seperti ini berlaku, saya katakan ini satu hal yang serius.  Beliau memberikan keluasan untuk orang memahami perkataannya itu dengan apa jua cara; memperlekehkan Islam hukumnya murtad, Umno tolak Islam dan memperlekehkan Islam, natijah yang difahami adalah Umno murtad.

Ini perkataannya yang sangat jelas. Saya sebenarnya tidak mahu menghukum sedemikian rupa, tetapi saya minta secara terbuka beliau menarik semula kenyataan seperti ini kerana ia akan mendedahkan manusia kepada menghukum Umno sebagai parti murtad. Berikan penjelasan dan betulkan semula kenyataan. Kita tidak mahu peristiwa amanat Haji Hadi berulang.

Dulu pernah berlaku perceraian, tidak sah makan sembelihan orang Umno, haram shalat di belakang orang Umno, haram berkahwin dengan orang Umno, perkahwinan yang dinikahkan oleh orang Umno tidak sah, ini semua telah berlaku dalam sejarah. Jadi kita tidak mahu hal yang seperti ini berulang kembali. Saya kira kenyataan TG Nik Abdul Aziz dalam isu ini bercanggahan dan bersalahan dengan Islam.

Wallaahua’lam.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...