Guan Eng Puji BN P.Pinang Terbaik??




Sinar Harian 25 disember 2012

LGE sekali lagi memutar belitkan kenyataan dan fakta. LGE mengatakan semasa pemerintahan BN dahulu kerajaan BN tidak memberikan apa yang perlu kepada rakyat P.Pinang tetapi hanya memberikan semasa menjadi Pembangkang di Pulau Pinang.

Ni aku nak bagitau kat kamu wahai LGE sialan..
Kerajaan BN dahulu telah banyak memberi kepada rakyat di P.Pinang terutamanya kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana. semasa pemerintahan BN banyak rumah kos rendah dan sederhana rendah dibina bagi menampong keperluan penduduk.

Banyak rumah PPR didirikan bagi membantu golongan yang berpendapatan rendah. Dan kini apabila kerajaan dibawah pemerintahan Pakatan tidak menyediakan kemudahan tersebut maka kerajaan BN perlu campur tangan dan akan mendirikan rumah tersebut untuk kesejahteraan penduduk P.Pinang. Ini adalah komitmen kerjaan BN didalam memastikan kesejahteraan rakyat diutamakan , dan bukannya cara Pakatan memerintah hanya rumah untuk mereka yang berpendapatan tinggi sahaja dibina.

Oleh kerana kerajaan Pakatan tidak mengambil kira masalah rakyat yang miskin maka kerajaan BN telah bersedia membantu mereka di P.Pinang yang mana tanggonjawab sebenarnya diletakkan dibawah kepimpinan kerajaan yang sedia ada ia ini kerajaan Pakatan dibawah LGE. Kerajaan BN memberi ini semua kerana LGE tidak pernah mengambil berat masalah mereka yang miskin di P.Pinang.

Kerajaan Pakatan tidak mengambil berat masalah pengangkutan di Pulau sehinggakan kesesakan jalan raya tidak pernah diambil kira maka kerajaan BN akan membantu menyelesaikan masalah ini dengan membina monorail bagi mengatasi masalah kesesakan lalulintas. Ini adalah komitmen kerajaan didalam memastikan kesejahteraan rakyat. Maka LGE jangan lah kamu banyak berbohong untuk menutup kelemahan kamu dan sering menyalahkan kerajaan BN.

Dahulu semasa kerjaan BN memerintah P.Pinang Parti DAP telah membantah pembinaan Jambatan Pulau Pinang dan ada yang sanggup untuk terjun dari jambatan tersebut kerana membantah pembinaan tersebut tetapi kini kamu yang sering menggunakan jambatan tersebut untuk berulang alik ke tanah besar. Kamu tidak pernah berterima kasih kepada kerajaan BN yang banyak berjasa membangunkan P.Pinang dan menjadikan P.Pinang apa yang ada sekarang.

Kamu hanya mengambil alih P.Pinang setelah P.Pinang berjaya dimakmurkan dan sepanjang pemerintahan kamu selama 4 tahun di P.Pinang tidak ada apa pembangunan kesejahteraan rakyat yang kamu laksanakan kamu hanya melaksanakan pembinaan rumah yang berharga lebih dari 300k yang mana rata-rata rakyat P.Pinang tidak mampu memilikinya. Kamu mengatakan yang pembinaan bangunan di lereng bukit adalah kerana kerajaan terdahulu telah meluluskannya dan kamu mengaku yang ianya adalah kerana disebabkan kerajaan terdahulu oleh yang demikian sanggupkah kamu mengaku bahawa kejayaan P.Pinang kerana hasil pemerintah kerjaaan P.Pinang terdahulu yang cekap.

Nescaya kamu tidak akan mengakuinya kerana setiap yang baik dari kerajaan BN akan kamu sentiasa menafikannya kerana sikap kamu yang suka memutar belitkan fakta dan tidak suka mencerita perkara yang benar.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...