NGO Serah Batu Nisan Kepada Exco Hal Ehwal Agama P.Pinang, YDP MPPP Dan MAINPP
Batu nisan itu yang diserahkan Ketua Wira Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Pulau Pinang Mohd Rizuad Mohd Azudin, diterima seorang pegawai di pejabat ketiga-tiga pemimpin berkenaan di Tingkat 9 Menara Umno, Jalan Macalister dan Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar).
Mohd Rizuad berkata penyerahan batu nisan kepada ketiga-tiga pemimpin itu sebagai simbolik untuk memberi peringatan kepada mereka supaya menyelesaikan segera masalah Tanah Perkuburan Islam Kampung Boundry, Ayer Itam di sini yang terjejas dipercayai diceroboh syarikat pemaju swasta.
"Hari ini tujuan kami datang ke sini sebab pejabat agama sampai hari ini tidak pernah datang menelefon mangsa. Ini adalah satu isu paling sensitif yang tidak pernah berlaku sebelum ini dan hari ini terjadi benda ini di Pulau Pinang," katanya kepada pemberita.
Antara NGO yang terlibat dalam penyerahan batu nisan itu ialah Perkasa, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Persatuan Warga Cinta Negara Malaysia (Pencinta), Jaringan Muslim Pulau Pinang (JMPP) dan Pertubuhan Dakwah dan Islamiah Malaysia (Pekida).
No comments:
Post a Comment