'Ostad' 64 Tahun Diburu Kes Rogol Budak 12 Tahun!


A.S nak pesan kat semua, berhati-hatilah zaman ini. Seseorang yang bergelar Ustaz  janganlah kita percaya 100%. Mereka pun manusia biasa yang normal yang mempunyai nafsu dan keinginan. 

Begitulah jua diumpamakan ostad-ostad PAS, janganlah tertipu dengan penampilan luaran dan kata-kata guna ayat Al Quran oleh sebahagian dari mereka, kerana sebahagiannya mulut tersangat puaka,maki hamun, cerca dan nista adalah makanan harian mereka. 
Tu tak kira ustad kaunseling jam 3 pagi dengan bini orang lagi..

Tapi alhamdulillah, masih ramai Ustaz sejati diluar sana yang benar-benar berperilaku dan ilmu yang dikongsikan dengan semua itu benar-benar sahih.

Seorang bomoh yang bergelar ‘ustaz’ kini diburu polis kerana dipercayai telah merogol seorang murid perempuan tahun enam sejak awal tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan berkata, siasatan awal pihaknya mendapati, lelaki terbabit telah melarikan diri selepas melakukan perbuatan itu.

Katanya, polis sudah beberapa kali pergi ke rumah lelaki tersebut di Taman PKNK, di sini, untuk menangkapnya, tetapi dapati lelaki itu tiada di rumah dan dipercayai telah melarikan diri.

“Lelaki itu kini dikehendaki polis untuk membantu siasatan berhubung dakwaan merogol,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak melebihi 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Semalam, akhbar ini melaporkan, seorang murid perempuan tahun enam di sini, trauma selepas menjadi mangsa nafsu serakah seorang bomoh bergelar ‘ustaz’ apabila kanak-kanak itu dipercayai dirogol berulang kali dalam kejadian berasingan di Taman PKNK, sejak awal tahun lalu.

Lelaki berusia 64 tahun itu dikatakan mengambil kesempatan selepas mangsa ditinggalkan ibunya kepada ‘ustaz’ berkenaan di rumah itu untuk sesi rawatan pada waktu pagi sebelum menjemputnya pada waktu tengah hari.

Menurut ibunya, dia tidak menyangka anaknya menjadi mangsa nafsu serakah lelaki itu kerana beranggapan lelaki itu akan cuba membantu anaknya yang didakwanya mempunyai sejenis penyakit dalam badan.-SH

1 comment:

Anonymous said...

Greetings,, Ambo taste of Malaysia will already know the news of a girl 16 years old , Nurul Firzanah, comma after burned by her lover ... DB Mall

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...