Ostad Zizan Mintak Nyawa. Puluhan Anak Muda Keluar PAS Masuk UMNO! (Pics)


Sekumpulan anak muda adalah antara 16 anggota Pas Kampung Genting Palas dan Bendang Hilir di KualaNnerang, kedah, yang bertindak keluar parti dan menyertai UMNO selepas kecewa dengan hala tuju Pas sekarang.

Mohd Shukri Che Dam, 23, berkata beliau menyertai Pas tiga tahun lepas, namun kecewa selepas mendapati perjuangan parti itu dipengaruhi pemimpin tertentu, bukan kehendak majoriti.

"Mereka (pemimpin pertengahan) takut sangat hendak kritik pemimpin atasan khususnya dalam soal pelaksanaan hukum hudud yang disanggah DAP.

"Kami golongan muda sangat kecewa dengan perkembangan ini dan sebab itu memilih UMNO yang lebih konsisten memperjuangkan Islam untuk meneruskan agenda memartabatkan agama dan bangsa Melayu," katanya yang ditemui ketika menyerahkan borang keanggotaan UMNO kepada Ketua UMNO Padang Terap Datuk Seri Mahdzir Khalid, di sini malam tadi.

Bagi Zakiah Arshad, 32, beliau kecewa kerana pemimpin Pas di kawasannya tidak mengendahkan kebajikan anggota, terutama yang memerlukan bantuan.

Beliau yang menyertai UMNO bersama ibunya, Zainab Ahmad, 58, berkata tidak ada seorang pun pemimpin Pas menziarahi bapanya Arshad Husin, 78, yang sedang sakit.

Zakiah juga berkata lima lagi adik beradiknya akan menyusul keluar parti itu dan menyertai UMNO.

Sementara itu, Mahdzir yang juga anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Pedu, berkata walaupun bilangan anggota Pas yang menyertai UMNO tidak ramai, beliau yakin perkembangan itu mengukuhkan lagi UMNO dan Barisan Nasional khususnya di Padang Terap.

"Saya dapat tahu ramai lagi bakal keluar Pas untuk menyertai kita. Saya mengalu-alukan mereka kerana UMNO tidak sekali-kali menutup pintu atau menghalang sesiapa sahaja yang mahu berjuang bersama-sama kita," katanya.

Mahdzir berkata penyertaan ramai orang muda ke dalam UMNO menyerlahkan kesedaran generasi hari ini bahawa mereka memahami perjuangan parti itu.

Beliau turut berterima kasih kepada anggota Pas yang menyokong perjuangan UMNO. -BERNAMA

 Published with Blogger-droid v2.0.8

3 comments:

Anonymous said...

Bangga sungguh kerana ramai anak muda memahami perjuangan UMNO.

mat saje said...

bukti anak muda skrg ini majority tolak fcukatan!!

Bingai @ Bangang said...

Aku tak kisah kalau dia nak masuk UMNO atau PAS. Yang penting, undi mesti pergi ke BN. Bila BN tadbir negeri dengan ramai ahli PAS di sana, UMNO akan lebih berhati-hati. Jangan stakat masuk UMNO tapi undi PR.

GEMPAR!: Hari Jumaat akan jadi cuti hujung minggu seluruh negara Di Tendang Terajang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...