PKR Perak berdepan masalah menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) apabila beberapa Cabang parti itu diberitakan sedang bergolak.
Bekas Ketua PKR Cabang Ipoh Barat, Fauzi Muda mendakwa, kemelut dalaman PKR peringkat Cabang itu dikesan berlaku di Tambun, Tapah dan Lumut semakin parah apabila ahli-ahli jawatankuasa Cabang dan ahli-ahli lama bergerak dalam satu pakatan dinamakan Action Team PKR.Katanya, kewujudan kumpulan itu semata-mata untuk melawan calon-calon PKR yang sedia ada sebagai tindakan menolak calon-calon pilihan kroni pimpinan negeri.
“Di Tambun kemelut mereka makin parah kerana muncul satu watak dari luar PKR Tambun yang berusaha menjadi calon di Dun Hulu Kinta dan dikatakan mendapat restu kroni pimpinan PKR Negeri sekali gus mengetepikan calon dari Cabang Tambun yang telah bekerja keras selama ini untuk PKR Tambun.
“Tambah parah, apabila pemimpin Cabang Tambun dikatakan tidak serius menangani masalah tersebut kerana berada dalam keadaan selesa,” katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian, semalam.
Fauzi berkata, terdapat individu dalam parti dipercayai mempunyai kaitan dengan parti lawan mula menunjukkan minat untuk bertanding di kawasan itu dan tidak menghormati ahli-ahli Pakatan Rakyat (PR) di situ.Katanya, isu tersebut semakin hangat diperkatakan sekarang kerana ahli-ahli PKR Tambun dan kepimpinan Pas Tambun telah menentang individu tersebut daripada menjadi calon Pakatan Rakyat di situ.
Beliau berkata, amat malang bagi ahli-ahli PKR dan Pas Tambun jika watak ini benar-benar berjaya menjadi calon PR di Ulu Kinta.“Kemelut yang sama juga sedang melanda di Cabang Tapah dan Lumut. Ramai orang-orang lama di sana datang berjumpa saya meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap pemilihan calon di Parlimen Tapah, Parlimen Lumut dan Dun Pangkor adalah muka-muka baru yang dulunya adalah penentang kuat PKR.
“Sejak PKR mula ada kuasa dan ada tokoh-tokoh dari Barisan Nasional (BN) ini, PKR dilihat ingin menghalau dan mahu membunuh karier politik orang-orang lama yang berjuang untuk PKR bagi menaikkan muka-muka baru yang tak laku dalam BN,” katanya.
Beliau berkata, ahli-ahli PKR di Cabang Tambun, Tapah dan Lumut sedang bersiap sedia untuk melawan calon-calon yang ditonjolkan oleh puak-puak pimpinan negeri tersebut melalui Action Team PKR tersebut.Katanya, tindakan itu dibuat kerana mereka menganggap suara dan tuntutan mereka tidak didengar dan tidak dihormati oleh pimpinan PKR Negeri.
3 comments:
Memerangi PKR sama baiknya dengan memerangi gejala kaum Lut yang kian menular.
UALA LUMPUR, 29 Dis — Datuk Seri Chua Soi Lek hari ini mengecam tindakan blogger Umno memutar belit kenyataannya ketika pertemuan dengan mereka Rabu lalu, dan menuduh blogger pro Umno itu tidak beretika.
Presiden MCA itu menegaskan, beliau kecewa dengan tindakan segelintir blogger tersebut yang mendedahkan butiran perjumpaan mereka malah menegaskan beliau tidak akan berjumpa dengan mereka lagi kerana dakwanya ingin menghancurkan MCA.
“Saya sangat kecewa dengan blogger pro Umno ... mereka tidak ikhlas tentang apa yang telah dibincangkan.
bukan gua yg ckp, tapi CSL yang bersuara.
Joyah Tak Jongang
puak2 ni teruja nak jd calon wakil rakyat sbb dlm pru13 dulu calon tangkap muat yg entah apa2 latar blkg mereka boleh menang..bekas banduan, kaki demonstrasi jalanan, posmen, kerani, office boy, pemandu teksi, videographer, gengster & entah apa lg yg takde kemahiran pentadbiran. Bila brdpn dgn tanggungjawab mengurus mslh rakyat semua gagal...buktinya tengok kat negeri pembgkg..pandai berjanji berapi2 ttpi tong kosong je...mereka yg mengundi dap pkr pas dlm pru12 tu buka mata luas2 apa hasil tangan anda dulu..tangan yang mencari bala & kehancuran krn memilih salah pemimpin..kalau sekadar nak jd wakil rakyat ilmu takde, iman setipis kulit bawang baik lupakanlah..bila brsidang je dewan negeri @ parlimen, berbahas dan brhujah pun gagal..diketawakan oleh pegawai2 kerajaan je..
Post a Comment