AKU SETUJU 100% DENGAN KJ ATAS DESAKAN INI. KERAJAAN JANGAN BUAT KEPUTUSAN YANG MEMBERI PELURU KEPADA PEMBANGKANG UNTUK HENTAM KITA BALIK.
DARIPADA NIAT ELOK NAK BANTU GOLONGAN BELIA, SEMUA NI PUNCA SAJA NAK BAGI ORANG MUDA MELUAT KAT KERAJAAN. BAIK JANGAN UMUM TERUS MASA PEMBENTANGAN BAJET HARI TU LAGI BAGUSS!
Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) tidak mengehadkan rebat RM200 kepada telefon pintar berharga RM500 sahaja."Tak perlu ada had harga untuk rebat yang diberi untuk telefon pintar," kata beliau dalam mesej yang diajukan kepada Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim hari ini, menerusi Twitter.
Dalam mesej berasingan, Khairy yang juga Ketua Pemuda Umno menulis bahawa ucapan Bajet 2013 hanya menyebut tentang pendapatan belia yang layak menerima rebat telefon pintar, bukannya harga telefon pintar.
Menjawab mesej pengikutnya, Khairy berkata: "Setuju. Kalau nak bagi rebat RM200, bagi sajalah kepada semua telefon pintar."
Khairy, yang juga Ahli Parlimen Rembau menyatakan demikian ekoran rungutan orang ramai berhubung laporan media bahawa SKMM telah menerbitkan kriteria menikmati rebat RM200, antara lain pembeli seharusnya warganegara Malaysia berumur 21 tahun hingga 30 tahun; berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah, model telefon pintar 3G yang diluluskan dengan harga maksimum RM500, pelanggan jalur-lebar mudah-alih sedia ada atau pakej baru dan hanya satu telefon pintar untuk seorang belia.SH
1 comment:
Maaf saya kurang setuju dengan saranan KJ ini. Ada banyak model smartfon yang berharga dibawah rm500.
Apa kurangnya applikasi smartfon murah ini berbanding yang berjenama dan mahal?
Jika yg membeli dengan harga rm1ribu, 2ribu, 3ribu golongan ini sebenarnya tak perlu pun rebat, kemampuan melebihi keperluan. Jika nak juga, cuma cari sendiri yang harga lebih murah, misalnya jika mampu beli rm1ribu, maka beli le yang rm800. Tak ke gitu, tak kan semua nak, tapi sendiri tak rela jimat. Tak ke gitu KJ?
Yang beli harga murah itu benar2 belia kurang mampu, jadi itulah sasaran sebenar. Ramai belia2 dan ibubapa yang terbantu oleh rebat smartfon rm500 tu.
Post a Comment