Terkini: Pengakuan/kenyataan Speaker Dun Perak Berhubung Vcd Seks Fitnah PR

Pic hiasan

ENTRY AKU SEBELUM INI ADALAH DIRUJUK.
TERDESAKNYA PUAK PAKATAN, SEBARKAN VCD PALSU INI.
DATUK R GANESAN BERANI AMBIL TINDAKAN UNDANG-UNDANG TERHADAP PEMFITNAHNYA WALAUPUN BELUM JELAS SIAPA PUNYA KERJA.

BANG NUAR ADA BERANI AMBIL TINDAKAN UNDANG-UNDANG TERHADAP ESKAY YANG JELAS KELUARKAN VIDEO NUAR MAIN DENGAN CHINA DOLL SEHINGGA KINI?

SEBAB APA? HANGPA PAHAM-PAHAM LA NOO....

VCD: Speaker Dun Perak beri amaran mahu ambil tindakan

IPOH - Berhubung tuduhan mengaibkan yang dilempar pembangkang hari ini, Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak, Datuk R. Ganesan secara tegas menyangkal cakera padat video (VCD) kononnya aksi di dalamnya melibatkan diri beliau.

Katanya, perkara sedemikian adalah amalan 'gutter politic' yang semakin menjadi ikutan pihak pembangkang khususnya apabila tarikh pilihan raya umum seperti tarikh Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Menurutnya lagi, penyebaran VCD berkenaan juga jelas bertujuan untuk memalukan dirinya serta keluarga yang bakal menanggung malu akibat fitnah yang jijik ini."Saya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut dan akan mengambil tindakan tegas termasuk tindakan undang-undang dengan membuat laporan polis terhadap fitnah yang dahsyat ini."

Saya juga memberi amaran kepada mereka yang membuat dan menyebarkan fitnah ini kerana saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mereka,” katanya ketika di Dun, hari ini.

Published with Blogger-droid v2.0.8

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...