Video Kebakaran Di Lot 10 Pagi Tadi & Respon Kelakar Dari Kakitangannya



Video ini kami dapat dari seorang pembaca dimana satu kejadian kebakaran yang telah berlaku di pusat beli belah Lot 10 yang terletak di Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Menurut info ringkas yang dikongsi di laman Youtube tersebut, kejadian berlaku pada pukul 10 pagi tadi. Setakat ini tiada laporan rasmi dikeluarkan dan kami tidak pasti puncanya dari mana tapi mengikut footage video, asap tebal datang dari kawasan foodcourt di bahagian tingkat bawah Lot 10 dan kami juga tidak pasti jika terdapat kemalangan jiwa atau jika ada pengunjung yang cedera.


Kami ambil contoh kejadian kebakaran yang berlaku di KLCC tempoh hari. Orang ramai dikeluarkan ke kawasan sekitar pancutan air di taman sebelah Suria KLCC, dan panggilan kecemasan turut dibuat. Tetapi apabila melihat footage video yang diambil, kami pelik dengan prosedur pusat beli belah ini dalam menghadapi kebakaran kerana seolah-olah tiada pelan evakuasi.  Pengawal keselamatan pun berbangsa asing ( tak tahu faham atau boleh bercakap bahasa kebangsaan / inggeris ) , pengunjung pun masih boleh berada di sekeliling tempat kebakaran macam tengok konsert, dan ada juga adegan bergaduh antara pengunjung  dan pekerja LOT 10. Dan paling teruk…  kalau bangunan itu tiba-tiba meletup ke macam mana?-bacaseterusnya

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...