Woohaa..BN bakal menang majoriti besar di Pulau Pinang. Ye Ke??


Baca memang syok, siapa yang taknak kerajaan Pulau Pinang dirampas dari rejim Guan Eng DAP yang kejam lagi rasis kan? 
Tapi itulah hakikatnya. Kita kena berpijak di bumi yang nyata. 

Untuk pengetahuan, UMNO bertanding sebanyak 15 kerusi dan sekarang menyandang 11 kerusi. Bermakna kalau ikut formula dibawah, BN mengharapkan UMNO menang 14 dari 15 di Pulau Pinang. Untuk menang majoriti mudah, BN memerlukan keseluruhan 21 kerusi dari 40 kerusi DUN yang ada di Pulau Pinang. Ini bermakna parti komponen seperti Gerakan, MCA dan MIC hanya memerlukan 7 dari 25 kerusi yang ditandingi.

Aku nak pesan kat Teng Chang Yeow, janganlah semata-mata harapkan UMNO memenangi kerusi sebanyak itu untuk BN menawan kembali P.Pinang. Mana pi jentera Gerakan, MCA dan MIC? 
MIC aku nampak pulun jugak buat kerja termasuk parti PPP dan IPF yang majoritynya kaum India untuk pilihanraya kali ni. 

Gerakan dan MCA harus melakukan sesuatu yang ajaib dan luarbiasa untuk memenangi banyak lagi kerusi di P.Pinang. Jentera parti di setiap bahagian harus digerakkan. Ini tidak, ada jentera gerakan dan MCA di sesetengah bahagian boleh dikatakan tidoqq...zzz
Habih tu camno?

Aku yakin majority pemimpin komponen BN sedar perkara ini. 
Gerakan dan MCA harus berubah. Jangan harap Teng Chang Yeow dan Tong Keong saja. Tong Keong sebagai ketua pemuda Gerakan/BN negeri pi mana-mana pun aku duk perati 4-5 orang muka tu jugakk.

Akhir sekali nak pesan, sebelum keluar sesuatu stetment, fikir dulu semasak-masaknya baik buruk dan natijah dari kenyataan tersebut. Adioss..

****************

GEORGETOWN, 23 December 2012 : Barisan Nasional (BN) membayangkan parti itu bakal memperolehi kemenangan majoriti di Pulau Pinang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.

Ketua Pemuda BN Pulau Pinang, Oh Tong Keong berkata Umno dijangka bakal merampas semula tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada Pakatan Rakyat, manakala MCA dan Gerakan akan menyumbang kerusi selebihnya.

"Kita yakin dengan perancangan yang baik untuk rakyat, satu sasaran kita ialah jika Umno boleh menang semula tiga kerusi pada PRU13, bermakna Umno akan ada 14 kerusi.

"MCA dapat satu kerusi, atau Gerakan dapat dua atau tiga kerusi lagi, jadi bermakna kita ada satu majoriti kerusi yang besar untuk mengetepikan Ketua Menteri Pulau Pinang (Lim Guan Eng) yang selalu dilihat salahguna kuasa, kita ada keyakinan 19 atau 20 kerusi kita akan dapat PRU13 nanti," katanya kepada Antarapos.

Beliau berkata keyakinan untuk mengembalikan pentadbiran BN kepada rakyat Pulau Pinang dinilai melalui komitmen kerajaan pusat yang mengutamakan agenda membantu masyarakat terutama orang Melayu melalui cadangan pembinaan 20,000 unit rumah mampu milik.

Malah Tong Keong turut menyentuh program kesihatan melalui Klinik Rakyat 1Malaysia (KR1M) yang menjadi asas kepada kesejahteraan masyarakat Pulau Pinang.

"Kita minta rakyat Pulau Pinang sokong BN tambahan mereka pun sudah bijak menilai sekarang tambahan sekarang kerajaan BN sudah banyak menyediakan program untuk rakyat di negeri ini berbanding PR (Pakatan Rakyat).

"Contohnya program kesihatan, rakyat hanya perlu bayar RM1 untuk dapatkan ubat, rakyat miskin dapat RM300 sebulan, orang kurang upaya pula dapat RM150 sebulan, semuanya di bawah BN lebih terjamin untuk rakyat," tambah beliau lagi.

Pentadbiran DAP di bawah Ketua Menteri, Lim Guan Eng, didakwa mengabaikan orang Melayu di Pulau Pinang sehingga mereka terpaksa berhijrah keluar dari negeri itu kerana tidak mampu untuk menanggung kos kehidupan yang semakin meningkat.

Menurut Tong Keong lagi rakyat kini sudah mula jelik dengan pelbagai janji kosong yang ditaburkan oleh Guan Eng, tambahan lagi rakyat miskin dilihat terus tersisih.-antarapos

1 comment:

Anonymous said...

aku repot tok non hang kutuk gerakan

hahaah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...