UMUM tahu bahawa Pakatan Rakyat telah menyasarkan kehadiran seramai 1 juta orang peserta demonstrasi Himpunan Kebangkitan Rakyat di Kuala Lumpur Sabtu ini. Ramai menjangkakan, kalau tak sejuta orang hadir pun, sekurang-kurangya angka yang hampir dengan itu, 900 ribu atau 800 ribu.
Bukan 60 ribu!!!
Ya, 60 ribu, itulah jangkaan Timbalan
Presiden PAS, Mohamad Sabu seperti yang disebutkan beliau sendiri dalam
satu perjumpaan tertutup dengan beberapa pihak berkaitan himpunan
tersebut yang diadakan semalam.
Atas sebab-sebab tertentu, penulis tidak dibenarkan untuk menyatakan pihak mana yang terlibat dalam perjumpaan tersebut.
Walaupun perkara ini disebut dalam
perjumpaan tertutup, tapi tidak ada halangan untuk sesiapa yang hadir
menyampaikan maklumat ini kepada orang luar. Mat Sabu seharusnya
memikirkan perkara ini sebelum memberikan anggaran kehadiran yang pada
hemat penulis begitu rendah dari jangkaan 1 juta orang.
Baru bercakap tentang peserta himpunan, belum lagi persiapan logistik.
Khabarnya, t-shirt bertema untuk dipakai peserta himpunan juga masih banyak yang tidak terjual.
Tambah memburukkan keadaan, Wanita
Pakatan Rakyat memilih untuk mengguna T-Shirt berwarna ungu – berlawanan
dengan ketetapan 4 warna yang telah diputuskan Pakatan Rakyat iaitu
merah untuk Royalti, kuning untuk Bersih, hijau untuk Anti-Lynas dan
oren untuk membantah penyenaraian FGVH.
Tidak setakat itu, dari 100,000 topeng
muka yang disediakan untuk kegunaan peserta himpunan jika keganasan
tercetus, kurang separuh sahaja yang telah terjual sehingga setakat ini,
itupun saiz kecil yang dikhaskan untuk kanak-kanak.
Topeng muka ini penting kerana ia mampu
melindungi peserta himpunan dari mengalami gejala sesak nafas jika pihak
polis bertindak kejam dengan melepaskan gas pemedih mata.
Penulis dimaklumkan, jika masih tidak
ada yang berminat, baki topeng muka ini akan dibeli kerajaan Selangor
untuk diedarkan secara percuma kepada para peserta perhimpunan dari PKR
yang akan berkumpul di Amcorp Mall dan Masjid Al-Rahman, Universiti
Malaya pada pagi Sabtu sebelum mereka bergerak ke Stadium Merdeka pada
jam 12 tengahari.
Kalau sempat, topeng muka ini akan
dihantar kepada peserta himpunan dari PAS yang berkampung di Taman
Melewar. Tapi pihak penganjur masih berharap dapat menjual sebahagian
besar topeng muka tersebut kepada peserta himpunan.
Hotel-hotel yang telah dibiayai kerajaan
Selangor di sekitar Petaling Jaya juga masih banyak yang tidak di
tempah oleh peserta himpunan dan penulis bimbang jika kesempatan ini
diambil oleh pihak yang tidak terbabit untuk keuntungan sendiri, maklum
sahajalah, bayar separuh harga.
Begitu juga dengan lokasi perhimpunan.
Penulis dimaklumkan jawatankuasa penganjur masih kelam kabut untuk
mengagihkan peserta himpunan, berapa ramai akan ke Bukit Jalil dan
berapa ramai akan ke Stadium Merdeka? Kalau ikut perancangan asal,
peserta dari selatan akan berkumpul di Stadium Bukit Jalil dan peserta
dari negeri-negeri lain akan berkumpul di Stadium Merdeka.
Ini kerana surat kelulusan bagi
menggunakan kedua-dua buah stadium tersebut sudah diterima oleh
jawatankuasa penganjur semalam – sesuatu yang tidak dijangka oleh pihak
terlibat, walaupun mereka juga yang membuat 2 permohonan.
Penulis masih tidak pasti bagaimana
pihak berkenaan akan mengendalikan hal ini. Apa pun caranya, penulis
harap ia akan berlangsung dengan lancar dan tidak berakhir dengan
perkara yang tidak diingini dan hanya akan memalukan Pakatan Rakyat di
kemudian hari seperti Bersih 3.0 yang lepas. -Sumber
No comments:
Post a Comment