Artis wanita muslim suka makan benda non halal?

Hiasan Je

Sukar untuk aku percaya cerita seorang artis wanita beragama Islam ini yang dikatakan selamba makan benda yang tidak halal ini.

Namun apabila ia disampaikan rakan aku yang mendakwa melihat dengan mata dan kepalanya sendiri, sukar untuk aku tidak percaya.

Ceritanya begini, baru-baru ini rakan aku itu pergi ke sebuah pusat beli-belah di Kuala Lumpur dan terserempak dengan artis terbabit bersama seorang rakannya singgah di restoran yang menghidangkan makanan tidak halal itu.

Artis terbabit kemudian dengan selamba membeli salah satu makanan yang tidak halal  yang dijual di situ.Selepas membayar, artis terbabit dengan selamba menyuap makanan itu ke mulutnya!

Pelik aku, takkanlah dia tidak tahu kita yang beragama Islam ini haram menjamah makanan itu yang sangat diragui status halal haramnya. Ataupun dia sengaja buat-buat tak tahu?

Aku kasihan dengan artis itu kerana dia dianugerahkan dengan bakat dan rupa, malangnya tak pandai nak menjaganya hingga terus jati dirinya sebagai orang Melayu yang beragama Islam.

Aku harap artis itu ubahlah perangai buruknya kerana perbuatan itu sangat bertentangan dengan Islam. Orang yang banyak melakukan dosa, hatinya hitam dan sukar beribadah.Sebelum ini artis itu memang sering terjebak dengan cerita kontroversi. Semoga dia diberi petunjuk untuk kembali ke jalan yang lurus.-HM

Published with Blogger-droid v2.0.8

1 comment:

Anonymous said...

Sapa artis tu.. reveal la.. cerita tak habis ni..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...