@cmlimguaneng Sila Beri Penjelasan!



Bagaimana yang dikatakan kerajaan cekap jika begini caranya mengendalikan kewangan kerajaan negeri?
Keadaan defisit yang sebegitu tinggi ini tak pernah berlaku dalam pemerintahan kerajaan BN sebelum ini!
Negeri P.Pinang sendiri pun kelam kabut nak tadbir, ada hati nak pertikai kerajaan BN uruskan negara!

****************



Pemuda Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang mahu Ketua Menteri Lim Guan Eng memberikan penjelasan mengenai belanjawan negeri yang terus mencatatkan defisit tinggi.
  
Ketua Pemuda MCA negeri  Tan Hing Teik berkata ini kerana terdapat dakwaan bahawa keadaan itu berlaku kerana pentadbiran kerajaan negeri memboros wang rakyat dan kurang efisien.
   
Kerajaan negeri pimpinan DAP telah mencatatkan defisit sebanyak RM210 juta pada 2012 dan defisit RM260 juta diunjurkan untuk tahun ini dan keadaan itu amat merisaukan, katanya kepada pemberita di sini hari ini.
  
"Pemuda BN negeri menggesa Ketua Menteri Lim Guan Eng memberi fokus kepada ekonomi negeri dan mengawal defisit belanjawan yang semakin meningkat.
  
"Apabila kerajaan Barisan Nasional (BN) memimpin Pulau Pinang sejak 10 tahun dulu, kerajaan negeri tidak pernah mengalami defisit yang begitu tinggi," katanya.
  
Beliau turut menggesa kerajaan negeri memberi penjelasan mengenai dana rizab negeri.
  
Ditanya kerajaan negeri telah mencatatkan lebihan belanjawan pada 2012, Tan mendakwa kerajaan negeri mendapat dana kerana telah menjual tanah-tanah negeri. - Bernama

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...