Hot! Lebih 400 Bekas Penyokong Dewan Himpunan Penyokong Pas kini bersama BN!

Lebih 400 penyokong Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) dari Bangi dan Serdang telah menyertai kelab penyokong BN dalam masa beberapa bulan ini selepas hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Pas dan parti pembangkang yang lain.   

 Pada majlis yang dihadiri oleh Dato Ahmad Maslan, beliau turut menerima borang keahlian 50 bekas penyokong Pas yang menyertai Kelab Penyokong BN dan mereka berjanji menyokong BN pada pilihan raya umum akan datang.   

Wakil kumpulan itu, K.Balamurugan berkata mereka yang terdiri daripada anggota penyokong Pas dari Bangi dan Serdang keluar parti kerana tidak sanggup lagi ditipu oleh pimpinan pembangkang.   "BN, bila janji mereka benar-benar tepati janji.

Tetapi Pas bukan macam itu, masa nak undi mereka janji nak buat itu dan ini tetapi bila menang mereka sudah lupa semua. Kita minta tolong pun mereka tolak, sekarang kita dah tahu siapa mereka sebenarnya," katanya.-Petikan SH

Published with Blogger-droid v2.0.8

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...