Kesiannn... #KL112

Anak siapa la budak ni?
Dah tahap sangat kronik cara pemikirannya.
Puak pecacai pkatan memang macam ni, kalau dah bangsa malas nak kerja cari wang, semuanya nak salahkan kerajaan.

Orang luar berlumba-lumba bertarung nyawa mai berpusu-pusu ke Malaysia kerana mereka lihat negara kita lubuk rezeki.

KONKLUSINYA DISINI, HIMPUNAN MONYET DI STADIUM MERDEKA JELAS TERNYATA GAGAL. KEHADIRAN JAUH KURANG DARI BERSIH3.

YANG HADIR PUN TOTOK TEGAR PAKATAN SAJA. HIMPUNAN RAKYAT? JAUH PANGGANG DARI API! HIMPUNAN SIOK SENDIRI SAJA LAYAK GELARAN DIBERI.

Published with Blogger-droid v2.0.8

1 comment:

Anonymous said...

Bising di ruangan ulasan blog, kecoh di jalan, kecoh dalam stadium tak guna, eloklah kalau buat temujanji dengan PM dan cakap pada dia, dia pun Melayu juga, bukan bangsa lain. Tak de duit nak ke Putra Jaya ke? Parking berapa ringgit sangat pun.

Cakap terus pada PM, TERJERIT TERLOLONG kat tempat lain buat haper? Aku dulu terus je jumpa PM, setelah buat temujanji, PM sedia jumpa, walaupun cuma 30minit, dan beliau sudi mendengar cadangan dan pandangan serta aduan kami.

Lepas jumpa PM, dia ajak kami minum teh, lepas tu kami ke Taman Botanikal Putra Jaya untuk sessi bergambar dan seterusnya kami ke tasik Putra Jaya untuk Naik Cruise dan bersholat di Masjid Sultan Mizan ( Masjid Besi) , cantik betul pemandangan di Putra Jaya.

Hujung minggu pun kami selalu ke Putra Jaya untuk main kapal layar RC, Seawind dan Kyosho, dan di sediakan juga padang untuk terbangkan kapal terbang RC. di Puchong pun ada tanah lapang tapi pemain RC ramai sangat. Kadang-kadAng PM pun turun padang menjenguk kami. Ada sesiapa yang nak sertai kami, sangat dialu-alukan, RC1Malaysia, semua kaum ada, semua jenis dan tahap orang ada, semua bersatu dan saling membantu dalam sukan RC ni.

Komplek membeli belah pun ada, iaitu Alamanda, anda boleh bershopping sakan. Ada air pancut, ada aircon dan banyak restoran. panggung wayang pun ada, dengan filem filem terkini dan anda boleh membayar harga tiket murah pada hari Rabu waktu Pejabat.

Saya suka Putra Jaya sebab saya tidak pernah pun dihalang dari ke Putra Jaya, sesiapa pun boleh ke Putra Jaya. Jalan tidak sesak, pemandangan cantik, banyak masjid, makanan dan minuman boleh didapati dengan senang, terutama makanan halal dan makanan arab.

Walaupun agak mahal. Tapi Putra Jaya memang terbaik.

Jom ke Putra Jaya, bawa keluarga atau teman lelaki/wanita anda. Bangak sudut dan pemandangan yang sesuai untuk ambil gambar. Pada hari biasa ramai bakal pemgantin samada Melayu, Cina atau India atau lain lain kaum datang ke Putra Jaya untuk penggambaran buat album gambar Perkahwinan atau video perkahwinan.

Kami tidak berniaga tukang gambar perkahwinan, tapi kami memang suka dengan Putra Jaya seba banyak 'angle dan background' yang cantik. Satu daripada tempat yang cantik ialah Taman Botani. Ala -ala tanah Arab gitu. Tempatnya tidak jauh dari Pejabat Perdana Menteri.

Jika anda sudah memang banyak duit dan memang kaya, bolehlah makan di Hotel Pullman atau ke Marriot Putra Jaya, makanannya memang sedap belaka dan puas serta mengenyangkan. Layanan dari para pekerja hotel memang tahap diraja, tapi jangan terkejut bila mendapat billnya. Tepuk poket tanya selera. Kami pernah ke hotel hotel ini bersama keluarga baru baru ini, untuk majlis makan malam sekeluarga.

Jambatan jambatan di Putra Jaya juga adalah tempat yang sangat sesuai dan cantik untuk ambil gambar (photo shoot). Waktu pagi matahari terbit atau waktu senja. Lepas shoot waktu senja, cepat cepatlah ke Masjid ye, nanti waktu Maghrib tamat.

Kawasan riadah juga di sediakan untuk pengunjung yang suka beriadah. Anda boleh buat senam dagu, larian kecil, lompat palang dan sebangainya.

Di Precint 16 ada kolam renang awam, terletak di bahagian belakang Aamanda. Dengan bayaran RM2.00 seorang, anda boleh berenang dan main air sepuas hati bersama keluarga. Lepas berenang dan main air, mesti laparkan? Anda boleh terus ke gerai makanan yang terletak di kompleks Masyarakat Precint 16 itu, dan harga makanan jauh lebih murah dari di mana mana tempat di Ibukota KL.

tak puas hati dengan apa yang saya paparkan? Jom ke Putra Jaya, beramal sambil menikmati pemandangan dan keindahan keagungan Allah Subhanawata'ala.

Sekian.

Sorry bro lari tajuk

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...