Zahid Mat Arip & Ustaz Hafiz Nordin menggegarkan Nibong Tebal!

FAKTA BENAR.!! 25 Januari 2013 berlangsungnya satu ceramah isu semasa di kampung Tasek Chempedak.

Penganjur mendatangkan 2 orang penceramah yang cukup hebat iaitu Mantan Naib Ketua AMK Malaysia Saudara Zahid Mat Arip yang juga Mursyidul Am TIBAI dan Ustaz Hafiz Nordin merupakan Mantan Ketua Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang yang kini Pengerusi Jaringan Muslim Pulau Pinang.

Ceramah anjuran UMNO Bahagian Nibong Tebal bersama cawangan Tasek yang bermula pada jam 9.45 malam tu dihadiri hampir 500 orang penyokong UMNO dan juga pembangkang yang datang untuk mendengar FAKTA BENAR yang disampaikan oleh ke dua-dua penceramah.

Ketua UMNO Cawangan Tasek Saudara Anuar Md Desa ketika ditemubual berkata ceramah ini diadakan bertujuan untuk memberi penerangan isu-isu semasa.

Beliau juga menyatakan kehadiran orang ramai pada hari ini adalah atas kehendak diri sendiri kerana UMNO Cawangan tidak sediakan pengankutan untuk menghadiri ceramah ini dan cukup memberi tanda dan isyarat bahawa UMNO kini telah berubah dan akan terus membuat transformasi untuk menghadapi PRU 13 nanti.

Published with Blogger-droid v2.0.8

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...