Tanggal 11 Februari 2013 sememangnya agak dinantikan oleh golongan muda memandangkan pada tarikh itu penyanyi Korea yang sedang menjadi kegilaan ramai, Park Jae-Sang ataupun Psy akan turut hadir memeriahkan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina di Pulau Pinang.
Majlis yang akan dilangsung di padang Sekolah Tinggi Han Chiang, Pulau Pinang itu dijangkakan akan disertai oleh lebih 60,000 orang. Turut serta ialah Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak dan para pemimpin BN Negeri dan Pusat.
Kehadiran Psy ke Malaysia yang julung kalinya ini tentunya memberi impak positif yang tersendiri terutama sekali dalam meningkatkan profil negara dalam menyuntik nilai tambah bagi industri perlancongan.
Walaupun pihak penganjur sudah mengesahkan kehadiran penyanyi Korea tersebut, namun puak-puak pakatan haprak terutamanya Dap yang dibawah telunjuk Guan Eng masih belum berpuashati untuk menggagalkan penganjuran program itu.
Tidak cukup dengan buat kacau di FB dan twitter rasmi milik Psy bagi memberi gambaran negatif terhadap Psy berkenaan program tersebut agarPsy membatalkan kehadirannya, mereka masih tak berputus asa nampaknya.
Puak-puak DAP sekarang nampaknya sedang giat menghasut dan memfitnah rakyat P.Pinang terutamanya kononnya pengunjung yang menonton persembahan Psy AKAN DIKENAKAN SEJUMLAH BAYARAN!
Ha?Mai kot mana pulak kena bayar? Untuk makluman semuanya free siap ada makan free lagi. Begitulah prihatinnya kerajaan BN meraikan sambutan tahun baru cina bersama rakyat.
Mereka giat menabur fitnah untuk mengurangkan kehadiran rakyat ke program tersebut melalui mulut ke mulut dan sebaran sms serta penggunaan media sosial seperti FB dan twitter.
Ini bukan cerita rekaan kerana aku sendiri berbual dengan rakan berbangsa cina!
Nampaknya puak DAP begitu terdesak untuk menggagalkan kehadiran rakyat ke program ini hatta kerana mereka sanggup lakukan apa sahaja hatta mengadakan cerita karut-marut!
No comments:
Post a Comment